TAHNIAH To My Friends...

..::: Tengku Amalina n Snow White ::..
Salam satu Malaysia....
Waahhh..agak lama  SW tak update blog kan... hehehe. SW agak busy sikit.. nie pun curi masa kerja jap untuk update blog...hehehe... kali nie SW nak kongsikan dengan korang hari bahagia buat Kawan SW.... eh..eh..lupa, first sekali SW nak ucapkan "SeLaMaT BeRtUnAnG"....Tahniah ek...semoga berkekalan sehingga ke jinjang pelamin.. nie lah kawan SW yang satu ofis.. kalau Korang nak tahu,kawan SW nie kembar... adiknya masih single mingel lagi...semua orang tanya bila pulak si adik nak bertunang??? haaaa..yang tu biarlah empunya diri yang jawap..hehehe... adik dan kakak nie..kerja satu ofis dengan SW...mula2 diaorg masuk kerja, kami selalu bertukar yang mana satu kakak dan yang mana satu adik..muka sama jer...hahaha..kalau tak caya cuba korang tengok...
..::Tengku Amanina n Tengku Amalina::..
Sama kan muka diaorg berdua...buka setakat muka jer sama, suara pun sama...hahaha, confius betol.. tapi bila dah hari2 tengok, barulah SW boleh bezakan mana satu kakak dan adik..apapun TAHNIAH sekali lagi buat kakak 'Tengku Amalina'....dan buat adik 'Tengku Amanina'... cepat-cepat la cari calonnya.. nanti kenduri boleh la buat sekali ngan kakak....hehehe..

Jika isteri menangis dihadapanmu, "Hargailah ia sebelum terlewat."


Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi.

Jika kau memegang tangannya saat dia menangis,
dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu...

Jika kau membiarkannya pergi,
dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
kecuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya.

Wahai suami2,
jika seorang isteri pernah menangis keranamu,
tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat
kau terperuk terlalu dalam .

Wahai suami2,
jika seorang isteri menangis keranamu,
tolong jangan menyia-nyiakannya...
Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu...
Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT
yang dirasakannya keranamu ?

Apakah keistimewaan perempuan ini?
Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN...
SENYUMANnya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya...
PELUKAN & CIUMANnya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya...

Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU, MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya...
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHANnya...
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN...
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.

Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI kerana 1 hal.
Bahawa "Betapa BERHARGAnya dia".

Shahdunya rasa, bila baca ayat-ayat kat atas tu... Snow White syorkan kepada suami n kaum lelaki   
Bacalah...tak rugi pun..cuma ambik masa 3 minit jer dan fahamilah betul-betul..
 "HARGAILAH ISTERI..HARGAILAH WANITA"

KeLi Punya Cerita..

Assalamualaikum u all. Sebagai panduan kepada kita semua,semoga dilindungi allah selalu.. Siapa peminat ikan keli, baik-baik makan ikan keli tu…..he..he…Snow White sekadar ingin berkongsi walaupun Snow White tak makan ikan keli...

Perbezaan ikan keli memakan bahan haram dan halal

Haram ( Ikan yang diternak orang bukan Melayu diberi makan perut ayam, bahan buangan, bangkai dan organ dalaman babi. Semua benda itu tidak halal untuk umat Islam):
· Kepala berbentuk ‘V’
· Bentuk badan mirip torpedo
· Badan berwarna hitam berkilat
· Bahagian bawah badan berwarna putih melepak
· Bahagian antara bawah kepala dan badan berwarna kuning
· Apabila digoreng akan meletup kerana banyak lemak

Halal ( diberi makan palet halal iaitu campuran beras hancur, tepung ikan, kepala ikan bilis, minyak sawit, bahan buangan kelapa sawit, kiambang dan vitamin)
· Kepala berbentuk ‘U’
· Bentuk badan tirus
· Berwarna hitam kelabu dan tidak berkilat
· Bahagian bawah badan berwarna putih kelabu
· Tiada warna kuning kelihatan di bahagian antara bawah kepala dan badan
· Digoreng tidak meletup !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

MY GIRL...

Siapakah Dia??? Pada sesiapa yang suka sangat tengok citer korea.. akan tahu siapa kat atas nie.. cun melecun.. aku suka sangat tengok muka dia.. nanti aku nak anak perempuan muka macam nie jugak la.. hahahaha, berangan jer lebih... MY GIRL.. jalan cerita yang menarik, kelakar dan sedih pun ada. memang bestlah cerita dia..kalau tak caya cuba korang tengok sendiri.. aku dah 6 kali tengok cerita nie tak pernah jemu..setiap kali tengok mesti keluar air mata kerana sedih dan kelakar..hahaha.. Jom layan MY GIRL...

Mood Blogwalking Pulih..LAPTOP Pulak Orang Pinjam...NAK BELI BARU LAH..:-)

Salam satu Malaysia... hai..ingat lagi tak ngan snow white??? dah lama kan snow white tak BW...mesti korang semua dah lupa...yalah..snow white bukan famous pun kan..hahahaha... hari nie, mood BW snow white hampir2 pulih kembali...so snow white nak pergi jalan2 rumah korang semua...silalah sediakan makan minum yer. nak lepak lama2 sikit rumah korang..

Rasa seronok sangat bila mood BW datang...tp sayang, mood dah ada Laptop snow white pula dirampas....eh..eh..silap.. ada la sorang mamat tu..tetiba jer kata... bak laptop ko jap...aku nak pinjam..kalau boleh aku nak terus... alamak, tetiba jer mamat nie.. Laptop dia rosak, aku pulak jadi mangsanya....tak palah..ambik jer, nanti snow white beli lain.... nanti snow white nak beli apple la pulak..baru sesuai ngan snow white...hahahaha berlagaknya... ada hati nak pakai apple... apapun apple tu masih dihati. teringin sangat nak pakai apple...:-) ok lupakanlah pasal apple..nanti termimpi-mimpi pulak mlm nie...hahahaha.

Nak dijadikan cerita...LAPTOP kesayangan snow white telah diberi pinjam pada mamat tu... oooiii mamat, bila ko nak hantar laptop aku.. rindu bangat dah nie..hehehe.. jangan mare. dalam diam-diam aku jatuh cinta pada apple.. andailah aku mampu milikinya.. syoknya...

Laptop yang snow white guna sekarang..i like PINK

Laptop yang BAKAL snow white guna..hahaha. cantik tak?? tiap-tiap malam mimpikan dia. sekali lagi aku jatuh cinta weeiii...help me!!!!

Adik Aku Kawin...


Rombongan pihak lelaki sampai....

Makan Beradap Pengantin....sempat lagi posing

Yang nie pulak..makan beradap adik n kakak..hahaha...

Rombongan dari pihak lelaki.... berat tau hantaran yang aku pegang tu..dah la kena jalan kaki sikit punya jauh...tp aku tengok my sis kat sebelah tu rileks jer..

sempat lagi posing sebelum berangkat ke rumah pengantin perempuan...

posing bersama pengantin.. buat adikku.. "Selamat Pengantin Baru".. semoga kalian kekal ke akhir hayat.

Berat ke kak hantaran tu..?? sabar2 dah nak sampai dah tu..hehehe

Maaf jika blog aku kali nie penuh dengan gambar-gambar yang kurang menarik.. sebenarnya aku masih belum sempat untuk menulis kerana urusan kerjaku belum selesai lagi... sibuk memanjang.. kali nie aku nak kongsikan dengan korang pic adik aku... walaupun aku tak sempat untuk menulis dan blogwalking.. sekurang2nya aku ada masa 10 minit untuk update blog nie..hahahaha... bila masa 10 minit..pic nie lah yang sempat aku upload..hahaha.. apapun aku rindu sangat nak blogwalking n rindu kat korang semua.. thanks kepada korang semua kerana sudi jugak jenguk2 blog aku nie... oklah masa 10 minit tu dah abis..aku perlu sambung kerja ku... bye..jumpa lagi.