SaHaBaTkU pErGi MeNiNgGaLkAn oFiSs....

:: EyZa n AzZa ::

ermmmm..entah dari mana nak aku mulakan cerita kisah kwn aku ni... kawan yg paling rapat dengan aku dlm ofis. tp itu dulu...skg dia dah tinggalkan aku...pergi jauh dari aku..hehehe..jng salah faham...dia bkn pergi meninggalkan aku terus...cuma pergi jauh jer.. merantau ke sabah..untuk menemani suaminya disana.. huhuhu..betul2 rasa kehilangan... dialah peneman aku masa mkn n teman aku kemana saja aku nk pergi..dia kwn terlalu baik bg aku..dia juga bnyak bantu aku.. tq so much friend..

mula2 aku nk perkenalkan namanya.... namanya IZAZILA BT ANI. sedapkan nama tu..kami semua pangil dia eyza.. dia seorang yg ceria dan suka buat lawak.. tak kering gusi kami dibuatnya bila dia buat lawak... klu korang tngok wajahnya, nampak seperti seorg yg seriuskan... tp bg kami tngok muka dia dah cukup buat kami ketawa.... hahahaha.. sory eyza, sebenarnya kami semua rindukan eyza... setelah eyza berhenti kerja,semua org dlm ofis jadi serius, dah tak ada lagi lawak jenaka. ofis kita dah tak semeriah dulu...jadi sunyi sepi..aqil n amar pun skg dah tak banyak ckp... biasa la dah eyza tak ada... klu tak eyza la mangsa diaorg utk di buli... diaorg semua mesti rindukan eyza jugak... hehehehe....

opsss...aku ni dah melencong, aku buat entry ni bkn nk cerita eyza buat lawak.... sebenarnya aku nak cerita pada korang semua pasal pic kat atas tu.. gambar ni kami tangkap masa eyza last day dngan aku n kami semualah.. pic ni kami ambik kat pizza... watie yg belanja sempena last day eyza kerja bersama kami.. apapun thanks dulu kat watie sb sudi belanja kami mkn pizza..ari tu tak sempat nk ucap.. hehehe,teruk kan aku.. ok berbalik pada citer td, dah la ari last day eyza kerja..hphone eyza pulak hilang.... lagi lah sedih kwn aku sorang ni.. mau tak sedih hphone tu baru seminggu je dia beli, tetiba jer hilang.. kami pun tak tahu nk cari kat mn lagi.. mcm2 usaha dah kami buat..termasuk jumpa bomoh..hehehe, kami bkn nk percaya sngat kat bomoh,tp sekadar usaha jer tau... bomoh kata hphone kwn aku tu org tak ambik cuma jatuh terselit..hphone eyza hilang lepas kami keluar mkn pizza.. kat manalah kami nk cari,dah merata tempat kami cari tp smpai skg tak jumpa2 lagi... kesian kan kat eyza... pada sesiapa yang terjumpa hphone sony bg lah balik kat kwn aku ni sblm dia berangkat pergi sabah..tu pun klu korang terjumpa..hehehe (x masuk akalkan korang nk jumpa,ilang kat ner pun x tau)....

Oklah, dah panjang berjela dah aku tulis...Korang pun dah jemu nk membacanya... Di sini aku nk ucapkan GOOD BYE kat my best friend aku.. Azza harap eyza tak lupa azza n kami semua kat sini.. Take care.. Klu blk kg tu jng lupa dtg la ofis kita n jng lupa jugak bw buaah tngan dr sabah... hehehe, sempat lagi aku ni... Org sedih2 blh minta buah tangan... Doa utk kamu sahabat :-

Ya Allah
panjangkanlah umur sahabatku Kurniakanlah
kesihatan yang baik padanya,terangi hatinya
dengan nur pancaran iman.Tetapkanlah hatinya,
perluaskanlahrezekinya, dekatknlah hatinya
kepada kebaikan,jauhkanlah hatinya pada kejahatan,
tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama,dunia
dan akhirat

Ya Muhaimin
jika dia jatuh hati izinkanlah dia menyentuh hati
seseorang yang hatinya
tertaut padaMu agar tidak terjatuh dia dalam jurang
cinta nafsu?Jagalah hatinya agar tidak berpaling
daripadamelabuhkan hatinya pada hatiMu.jika dia
rindu,rindukanlah dia
pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu

Ya Allah
Jangan biarkan sahabatku tertatih dan terjatuh
dalam perjalanan panjang menyeru manusia kejalanMu
jika kau halalkan aku merindui sahabatku,janganlah
aku melampaui batas sehingga melupakan daku pada
cinta hakiki,rindu abadi dan kasih sejati hanya
untukMu

Ya Allah…
kurniakanlah sahabatku kesenangan,ketenangan,
kecemerlangan hidup di dunia akhirat kelak

AMIN YA RABBAL A'ALAMIN



MeMo kEpAdA SeMuA sTaFf....



Staff Sekalian, 
Perhatian kepada semua staff. Berkuatkuasa pada tahun 2010, syarikat ini akan menguatkuasakan peraturan baru kepada semua staff. Perkara yang digubal adalah seperti berikut:- 

a. PENGANGKUTAN.  
1.Sekiranya anda memandu kereta import, kereta mewah atau kereta Honda contohnya, kami menganggap anda sudah terlalu mewah, jadi tiada kenaikan gaji. 
2.Sekiranya anda memandu kereta yang telah uzur, lebih dari 10 tahun atau menggunakan pengangkutan awam, kami mengandaikan anda mempunyai banyak simpanan, jadi tiada kenaikan gaji. 
3.Sekiranya anda memandu kerata nasional samaada proton atau perodua, kami mengandaikan anda telah berada di level yang sepatutnya, jadi tiada kenaikan gaji.

b. CUTI TAHUNAN. 
 Setiap orang akan mendapat cuti 104 hari dalam setahun dan kebanyakannya ialah hari sabtu dan ahad. 

c. WAKTU LUNCH:  
1) Staff yang kurus akan diberi rehat selama 30 minit. Ini kerana mereka perlu makan lebih untuk kesihatan. 
2) Untuk saiz normal, mereka akan diberi rehat selama 15 minit. Ini kerana mereka sedang elok dan cuma perlu mengambil makanan secara stabil. 
3) Untuk mereka yang gemuk, mereka akan diberi rehat selama 5 minit sahaja. Ini kerana mereka cuma perlu makan pil dan susu atau teh untuk menguruskan badan. 

d. CUTI SAKIT: 
Mulai 2009  kami tidak lagi mengiktiraf sijil sakit dari Doktor ini kerana sekiranya anda mampu pergi ke Klinik untuk dapatkan MC, anda tentu boleh pergi kerja juga.

e. PENGGUNAAN TANDAS:  
Kami mendapat aduan ramai staff yang mengambil masa terlalu lama di dalam tandas. Mulai tahun 2009 setiap seorang hanya boleh menggunakan tandas selama 5 minit sahaja. Sekiranya lebih dari 5 minit secara automatiknya tandas akan di pam, tisu akan stuck, pintu akan terbuka dan kemera akan menyala.Sekiranya lebih dari 2 kali gambar anda dirakam, kami akan menampal gambar anda di notis board di bawah korum 'staff sembelit'.

f. PEMBEDAHAN: 
Selagi anda menjadi staff di sini, kami tidak membenarkan anda melakukan sebarang pembedahan. Jangan cuba mengeluarkan apa-apa saja organ dari dalam badan anda kerana kami mengambil anda bekerja kerana anda mempunyai organ yang cukup. Sekiranya tidak, ini bermakna anda telah melanggar kontrak. 

g. PENGGUNAAN INTERNET  
Segala penggunaan internet atas urusan peribadi seperti membaca e-mail, chatting dan games akan dikenakan bayaran RM2.00 sejam (sama seperti harga pasaran). Bayaran ini akan ditolak dari gaji anda.  Sebagai permulaan, 73% staff di sini tidak akan mendapat gaji selama 3 bulan, ini kerana harga penggunaan internet sahaja telah melebihi 3 bulan gaji mereka. 


Terima kasih kerana masih setia berkhidmat di syarikat ini. Kami akan cuba memberikan perkhidmatan yang terbaik. Sebarang pertanyaan, komen, aduan, kekecewaan, sakit hati, bantahan, maki hamun, caci nista boleh disalurkan ke tempat lain. 


Sekian, terima kasih. 

KiSaH rUmPuT dAn OrAnG yAnG DisAyAnGi...

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini:- 

Pelajar Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan? 

Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya. 

Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat? 

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.

Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi.

Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.