Apa Salah Snow White??


Assalamualaikum semua... 
Sebelum Snow white menulis lebih panjang lagi...first sekali snow white nak minta maaf jika ada yang terasa dengan penulisan snow white nie..Disini Snow white ingin meluahkan apa yang terbuku dihati..yang Snow white rasa tak boleh pendam..geram, marah dan sakit hati pun ada bila snow white tahu ada orang yang cuba aniayai Snow white... maybe insan tu cemburu or marah kat Snow white kot..lebih kurang macam tu lah...

Snow white nak tanya korang semua...apa perasaan korang bila ada insan yang tak bertanggungjawap guna URL korang dan NAMA korang..pastu siap pergi ke blog orang kutuk2 orang... apa perasaan korang???  eeeerrgghhh...mesti geram kan.. contoh kelakuan insan yang tak bertanggungjawap ni buat, guna URL snow white : ( f.u.c.k u!!!!! ). teruk kan.. marah tak korang bila Snow white pergi ke blog korang cakap macam tu?mesti korang cop Snow white seolah-olah tak bermoral kan??? gila dan sewel pun mungkin korang boleh cop jugak!!!! hehehe..

Snow white buat entri nie..bukannya nak marah-marah orang..cuma Snow white buat entri nie kerana Snow White nak minta maaf pada korang semua dan pada insan yang pernah aniaya Snow white tu.. maaf jika Snow white pernah terkasar bahasa dan ampun jika Snow white ada buat silap yang Snow white tak sedar... maaf sekali lagi.. tujuan sebenar Snow white Berblogging nie adalah untuk mencari kawan bukan untuk mencari musuh... 

Apalah yang ada pada Snow white yang boleh buat orang jeles dan dengki sangat dengan Snow white??..nak kata blog Snow white cantik?? hehehe..Snow white rasa tak sebab dalam seminggu 10 kali Snow white tukar header..sebab header Snow white buruk sangat..hehehe. pengakuan ikhlas.. so apa yang buat insan tu cemburu??? maybe jugak kan Snow white ada buat silap..so Snow white harap berterus teranglah dengan Snow white jika ada yang tak puas hati dan tegurlah jika Snow white ada buat silap.. jangan buat Snow white macam nie dan dalam kepala Snow white penuh dengan pertanyaan..APA SALAH SNOW WHITE?...sekian saja luahan hatiku!!!

Snow White...

Assalamualaikum semua pada kawan-kawan yang sudi datang jenguk Snow White kat sini. Terima kasih banyak-banyak kerana sudi jenguk orang kat sini.. Dan orang kat sini mintak maaf bebanyak kat orang disana- disana ek..sebab dalam masa seminggu nie Snow White tak sempat nak Blogwalking dan jalan-jalan kat rumah korang.. Minta maaf sesangat.. Blog pun Snow White tak dan nak update. Busy mengalahkan PM...hahaha..

Ermmmmm...nak blogwalking nie pun kita perlukan mood jugak kan.. dah la sibuk memanjang..mood pulak hilang..balik kampung jumpa pak mod kot.. hehehe. Snow White sibuk dengan tugas...sibuk dengan masalah..sibuk dengan macam-macam lah..hehehe..kekadang tu menyibuk kan diri.. hari nie baru ada mood sikit nak menulis..tu pun kerja masih banyak belum di bereskan. ermmm..nampaknya kena siapkan kerja dulu.. malam nie Snow White nak blogwalking puas-puas.. hehehe..tunggu kedatangan Snow White kat rumah korang ek...Jangan lupa buat-buat air tu..oppsss..bos dah panggil. ok bye..

Senyumlah, Ia Penawar Duka


Tersenyum, betapa mudahnya hal ini dilakukan. Hanya perlu sedetik untuk merubah bentuk bibir menjadi senyum. Dan hanya perlu tujuh detik mempertahankan sang senyum untuk terlihat sebagai ungkapan ketulusan hati. Senyum pada hakikatnya adalah salah satu anugerah indah dari Tuhan Yang Maha Indah. Tuhan sengaja menganugerahkan senyum sebagai sebahagian dari keindahan manusia. Sayang, anugerah indah ini, tidak banyak ditemui di setiap wajah manusia. Dunia akan jauh lebih indah bila penduduknya gemar tersenyum. Hidup dan kehidupan manusia pun akan lebih indah dan menenteramkan bila kita menemui banyak senyuman di sekeliling kita. Terutama sang senyum dari wajah kita sendiri. Bukankah elok bila kita menerima senyum? Dan bukankah jauh lebih elok bila kita lah yang memberi senyum?

Senyum pada hakikatnya adalah keperluan manusia. Siapa yang senang tersenyum membuat jiwa, perasaan, fikiran dan fisiknya terpenuhi salah satu keperluannya. Bila manusia tidak suka tersenyum, ada luka di jiwa, rasa dan fikirnya. Sang jiwa yang terluka membuat hidup dipenuhi kegelisahan. Sang rasa yang terluka membuat hidup tidak tenang. Sang pikir yang terluka membuat hidup penuh beban. Oleh itu..jom kita senyum-senyumlah selalu. Amalan yang paling senang diamalkan dan dapat pahala adalah SENYUM. Senyum tu kan sedekah..hehehe.. so.."SENYUM SOKMO DEH!".

Selamat Pagi Dan Selamat Beramal

Betul2 gambar hiasan

Perghh...penat giler. Sebenarnya aku bukannya rajin sangat nak tukar template ni, tapi templet lama tu ada masalah nak komen tak boleh. Aku pun tak tahu sal apa yang boleh jadi cam tu. Jadi terpaksa la aku ubah kesemuanya. Oklah dah takda apa nak tulis, mata pun dah mengantuk, kepala pun dah berpusing-pusing, tangan pun dah kebas. Jadi kita jumpa esok, selamat pagi dan selamat beramal. Hehehee...

Siapakah Cinta Pertama Korang??


Cinta Pertama ... pernahkah korang mengalaminya? Aku yakin, semua orang pernah ada kenangan terhadap cinta pertama. Apakah definisi cinta pertama pada korang? Dan siapakah Cinta pertama korang itu?? Jom kongsi disini... aku minta maaf jika entri nie... buatkan korang terimbas kisah lama bersama si dia..yang pernah korang cintai dan sanjungi. Pada sesiapa yang kekal dengan cinta pertamanya.. TAHNIAH aku ucapkan....

Bagi aku, memang indah jika ada perasaan cinta itu menyelinap dan terus menyusup ke dalam kalbu. Memang sempurna hidup kita jika warna-warna cinta menghiasi di jiwa. Namun, tidak semua yang kita impikan, akan menjadi kenyataan. Kadang-kadang dalam keasyikkan menyimpul buih-buih cinta, tiada siapa menduga badai yang menjelma sehingga buih-buih itu berterbangan dan terus lenyap. Kadang-kadang, siapa yang menduga hujan juga mampu turun di tengah hari walaupun cuaca terang-benderang.

Definisi peribadi terhadap cinta pertama – bagi aku cinta pertama adalah laluan hati untuk kita merasai apa itu erti cinta yang sebenarnya. Laluan bagi jiwa untuk mengundang rasa rindu dan laluan bagi kalbu untuk menyimpul bunga-bunga bahagia. Namun, tidak semua cinta pertama akan berakhir hingga ke jinjang pelamin. Alangkah beruntungnya mereka yang berjaya membawa cinta pertama sehingga ke jinjang pelamin. Namun, itulah hakikat kehidupan ... tidak semuanya indah-indah belaka. Betol tak??

Cinta Pertama juga tidak semestinya cinta sejati kepada seseorang insan itu. Mungkin cinta sejatinya berada pada insan lain namun jika kita tidak membuka pintu hati kita kepada insan itu, bagaimana cinta sejati yang kita dambakan akan hadir untuk menghuni diri kita. Aku akui, sememangnya tidak mudah untuk melupakan cinta pertama. Kadang-kadang, kita masih terkenangkannya walaupun cinta pertama itu sebenarnya amat menyakitkan hati. Kadang-kadang, cinta pertama tidak boleh dibanggakan kerana ia mampu merobek dan mencalar jiwa yang suci. Namun, kadang-kadang aku terfikir, kenapa harus wujudkan perasaan cinta itu di dalam diri, sedangkan dia tidak tercipta untuk kita. Adakah untuk kita merasai apa ertinya rindu kemudian diberikan pula kita merasai apa ertinya kecewa. 3 in 1, itulah selayak-layaknya untuk aku mencampurkan kesemua perasaan ini jika cinta kita kecundang di pertengahan jalan.

Pernahkah korang terfikir, kenapa masih ramai yang membujang walaupun usia sudah menghampiri ke penghujung senja (Sama ada lelaki ataupun wanita). Jangan menuduh sembarangan tanpa asas yang kejap. Memilih ... harus memilih agar jiwa tidak tercalar namun yang penting, pernahkah korang sedar bahawa cinta pertamalah merupakan punca utamanya ramai yang memilih hidup membujang. Kadang-kadang, insan takut untuk mengundang cinta itu lagi untuk bertahkta di sanubarinya kerana takut kecewa menghiasai rumah jiwanya semula. Memang sukar untuk membentuk rumah jiwa jika kecewa sudah menghiasi di dalamnya. Kadang-kadang ia mengambil masa bertahun untuk mengubati parah yang hadir. Namun, sampai bila kita harus mengenang cinta pertama jika ia amat menyakitkan? Sampai bila kita hendak menutup pintu hati kepada mereka yang layak bertahkta di dalamnya? Sampai bila kita hendak dingin pada perasaan cinta sedangkan naluri kita amat memerlukannya untuk mengisi kekosongan di dalam jiwa. Sampai bila kita harus menyendiri jika kita tak pernah memberi peluang untuk mengundang cinta sejati? Kadang-kadang, cinta hati kita berada hampir dengan kita Cuma kita yang tidak perasaan kerana terlalu taksub dengan cinta pertama yang menyakitkan hati itu sehingga kita terlepas cinta sejati. Kita harus membuka mata untuk melihat cinta sejati kita agar kita tidak menyesal di kemudian hari sekiranya cinta sejati itu juga terlepas daripada genggaman kita.

Apabila membaca novel cinta, aku terfikir sendiri ... alangkah bahagianya mereka yang telah dipertemukan jodoh masing-masing walaupun banyak rintangan yang terpaksa ditempuhi sedangkan hakikat kehidupan yang sebenarnya tidaklah semudah seperti perjalanan cerita di dalam novel. Oleh itu, korang harus bersyukur jika korang telah dipertemukan jodoh dan hargailah pasangan masing-masing kerana bagi sesetengah insan, tidak mudah untuk bertemu jodoh dan tidak mudah untuk menyerah hati untuk dimiliki.

Kesimpulan yang dapat aku simpulkan disini, kadang-kadang cinta pertama membuatkan seseorang itu hilang kepercayaan kepada lelaki/wanita sehingga keraguan sentiasa timbul di hati mereka untuk mengecapi bahagia. Kadang-kadang mereka sanggup membujang hingga ke akhir hayat gara-gara cinta pertama yang menyakitkan hati. Walau apa pun situasi cinta yang anda alami, satu yang aku harap – hargailah cinta yang hadir kerana sekali ia pergi, susah untuk mengundangnya semula ...

Dan jika korang suka pada seseorang itu, luahkannya agar dia juga tidak terlepas ke dalam tangan orang lain. Kita harus mengambil risiko terluka jika kita cintakan seseorang itu kerana jika kita hanya memendamkannya, mungkin si dia yang menjadi dambaan hati juga akan berlalu pergi .... Alangkah ruginya selepas dia dimiliki baru kita tahu bahawa dia juga mempunyai perasaan yang sama dengan kita, hanya kerana kita terlambat, dia menjadi bunga larangan di jambangan orang.


SnowWhite Nak Tanya!!!!

klik untuk lihat dng lebih jelas

Salam pada semua kawan-kawan snowwhite. Snowwhite nak tanya, kenapa Nuffnang snowwhite tak sama macam orang lain. Maksudnya, apa maksud pendapatan terumpuk dan pendapatan meter. Snowwhite ada terbaca entri dari blog Jiwa Kacau mengenai nuffnang dan dia kata..

Ok kepade Newbie ni Newbie nak bagi tau sikit beza antare Buffered Earnings dan Campaign biase Nuffnang… Buffered Earning ade expert2 cakap yang advertiser akan beli kite blog untok dieorang boh iklan yang lebih kurang same dengan Campaign biase… Beze die mudah je.. Kalo macam blog aku ni Campaingn biase ni ade time pukol 11 sampai pukol 1 pagi lebih kurang la… Time2 biase ni susah sikit nak dapat ade iklan kat blog aku ni… Kalo korang sume perasan la iklan Buffered ni die dok bertengek lame kat blog kite ni… Kalo iklan biase tu kejap2 die tukar…


P/s : snowwhite pun heran napa nuffnang snowwhite 24jam naik, naik tak henti2..iklan yang selalu naik Pizza dan Dutch lady. tolong komen sikit sapa2 yg tahu mengenai nuffnang ni. sorry la susahkan korang snowwhite lambat paham sikit..huhuhu

Kongsi Cita-Cita Korang Masa Sekolah

Kali nie Snow White nak kongsi cerita tentang cita-cita.. Aku tahu semua orang pasti ada cita-cita, kan??? Bagi aku..dari aku mula-mula sekolah lagi , pasti ada yang bertanya  " bila besar nanti kamu nak jadi apa". hehehe.. tau jawapan aku apa..'saya nak jadi cikgu..cikgu". Majoritinya semua kawan-kawan aku jawap nak jadi cikgu.. best sangat ke jadi cikgu??? Kalau ada cikgu yang baca entri nie tolong jawap sikit.. bila aku dah besar, aku dengar jadi cikgu nie mulia kerjanya..sebab, kerjanya mendidik anak bangsa supaya menjadi 'orang'..kalau yang tak jadi 'orang' tu mesti tak dengar cakap cikgu..heheheh...kerana cikgu lah Datuk Najib menjadi Perdana Menteri sekarang.. betol tak???

Aku masih ingat lagi masa aku darjah 6. Cikgu suruh buat karangan tentang cita-cita. Sebelum buat karangan cikgu tanya sorang-sorang cita-cita kita orang bila dah besar nanti...tapi jawapan aku masa tu "saya nak jadi doktor..cikgu".. aaiikk..dah berubah dah. Tadi kata nak jadi cikgu..hehehe, itu masa aku tadika la. Sekarang dah darjah 6..naik pangkat sikit. Nak jadi doktor sebab bila ma dan abah sakit boleh la aku rawat sendiri.. tak payah susah-susah beratur ambik nombor bila nak jumpa doktor... hehehe..ok tak alasan aku tu??

Bila dah naik tingkatan 5. sekali la cikgu tanya tentang cita-cita.. alamak, cita-cita sebenar aku apa ek... ok lah jawapan aku bila cikgu tanya "saya nak jadi Pramugari..cikgu"...satu kelas gelakkan aku.. apa,tak sesuai ke?? Aku cukup tinggi apa...Berat badan pun cukup sesuai..rupa pun ada (perasan la pulak)..hehehe, cuma yang tak cukup pun bahasa aku..aku tak pakar sangat bab speking nie... huhuhu, tipis la harapan aku tu. tapi tak pa Bahasa Inggeris aku boleh belajar kan..

Bila dah tamat belajar..korang tahu aku minta apa...sekali lagi berubah fikiran.. aku mintak nak jadi Peguam.. hahahaha..kelakar kan.. Jadi loyer buruk boleh la.. Sekarang aku kerja kat salah sebuah Universiti belah utara. Apa pun aku bahagia dengan kerja ku sekarang... So, sekarang banyak cita-cita ku berkubur tanpa nisannya.. hehehe.

Jom kongsi cita-cita korang di masa sekolah dulu... hehehe..mesti best kan..dan dalam fikiran mesti terbayang wajah-wajah cikgu kita..dan kawan-kawan lama kita. Hati berkata.."bestnya kalau masa boleh diundurkan kembali..."

Binatang Apa Yang Paling Korang Geli??

Assalamualaikum semua....hari nie Snow White nak kongsi dengan korang semua binatang apa yang paling Snow White takutkan...hehehe, kali nie pecah la rahsia. Bila dah korang tahu, jangan pulak korang cuba usik yer...boleh sakit jantung..Setiap orang berbeza...ada yang takutkan katak, ular, tikus, ulat, biawak dan kucing..hehehe, ada ke kat sini yang takutkan Kucing??? kalau ada tak kisah la..sb itu normal. Bagi aku, binatang yang paling dan sangat-sangat ku takut adalah LINTAH.. jangan gelak pulak.. eeeeiiii...sebut pun aku dah geli geleman. Kalau jumpa terlompat la aku.. :-)

Bila sebut jer LINTAH aku dah boleh bayang dan kalau duk depan mata dah lama aku cabut lari.. Bagi aku, lintah tu cukup menggelikan..tambah2 kalau lintah kerbau.. Dah la hisap darah kuat. Kalau dia dah melekat kat kaki kita, punya la susah nak buang... Tahap ketakutan aku pada LINTAH dah tak dapat dibendung lagi...hehehehe mcm nak buat karangan la pulak.. tapi aku serius nie, punya aku takut kat binatang tu..aku tengok gambar dia pun tak boleh. Aku ingat lagi,masa aku baca buku mustika..dalam buku tu ada la gambar lintah...bila buka page bahagian gambar tu..apa lagi..menjerit la aku..sampai satu ofis terkejut dengan jeritan aku tu...buat malu muka aku jer.. semua kawan2 gelakkan aku..last sekali buku tu aku buang terus walaupun aku baru beli dan tak habis lagi baca...sampai sekarang aku dah tak beli buku mustika..

Sekarang macam-macam dah aku dengar pasal lintah nie...lagi la buat aku takut. Aku pernah terima emil pasal lintah dalam kangkong..korang pasti pernah dengar pasal cerita ni kan.. lintah dalam kangkung?? cuba korang bayangkan...seorang kanak-kanak memakan kangkung tersebut dan lintah tu membiak dalam ususnya.Akhirnya anak kecil malang itupun meninggal dunia. setelah dikaji, ternyata lintah itu sebelumnya berada di dalam batang kangkung yang besar. Memang, untuk penggemar kangkung cos yang paling enak adalah batangnya. Lintah yang berada di dalam batang kangkung itu tidak akan mati walau dimasak selama manapun, apa lagi untuk kangkung cos proses memasak tidak terlalu lama untuk menghasilkan rasa kangkung yang sedap. Lintah hanya akan mati jika dibakar.Di dalam usus anak tadi, lintah yang hanya dalam 1 ke 2 hari berkembang biak dengan cepatnya kerana menghuni didalam tubuh dan terus menghisap darah yang ada, doktor juga menjadi bingung, bagaimana nak matikan/membersih kan lintah yang telah banyak dari dalam usus anak malang itu. Disebab itu lah..takut aku pada lintah makin menjadi-jadi..dan kangkong sayur kegemaran aku tu pun, aku dah tak makan sampai sekarang..hehehe.. Korang pulak, binatang apa yang paling korang geli??? Dan kenapa korang geli sangat ngan binatang tu???. hehehe..Jom kita kongsi disini.

Maaf kerana tak letak gambar lintah..hehehe...
sebab aku tak boleh tengok..jika letak aku tak buka dah blog ni

Andai Ku Mampu Undurkan Waktu

Andailah masa boleh diundur kembali...First sekali apa yg korang nak ubah??? walaupun aku tahu..itu tak mungkin berlaku...tapi anggaplah jika masa itu boleh di undur..saat aku menulis coretan ini, tiba-tiba aku teringatkan sesuatu yang sudah lama aku lupa dan tinggalkan..masa silam. Andai kata sejarah boleh diubah, sudah pasti saban tahun generasi muda terpaksa menukar buku sejarah mereka.. sekiranya masa boleh diundur, aku pasti semua umat manusia mahu kembali kezaman silam dan membetulkan segala kesilapan..Jika masa ini boleh dicepatkan, aku juga pasti bahawa semua daripada kita mahu melihat masa depan kita..dengan siapa kita akan berkahwin dan bagaimana rupa kehidupan kita pada masa itu. Betol tak??

Aku teringat akan soalan, apakah yang paling jauh?? Yang mana jawapannya...sudah pastilah masa yang telah berlalu..tidak akan sesekali boleh diputar, diundur apatah lagi dilipat2 rangka masanya..semuanya mahu kembali untuk membetulkan kesilapan..jalan2 yang telah dilalui mahu sahaja dibetulkan dan diluruskan kembali..seringkali Allah menceritakan akan golongan2 ini yang mahu kembali kepada kehidupan walau sesaat sekalipun bagi membetulkan kesilapan yang telah dilakukan..tapi janji Allah itu pasti.. waktu persinggahan didunia ini hanya sementara bagi kita mengutip bekalan menuju negeri abadi..

Kesilapan itu dilakukan untuk tidak diulangi, kerana bodohlah mereka, yang terjatuh kedalam lubang yang sama buat kali kedua..destinasi kita itu pasti dan sudah ditetapkan..yang membezakan kita semua, adalah jalan mana yang diikuti dan bagaimana caranya kita semua melalui jalan tersebut.. seringkali kita melihat manusia tergelincir dari landasan sepatutnya..aku sendiri tidak terkecuali..hampir terkandas di pertengahan jalan.. Lorong2 kehidupan yang disangkakan lurus kadang kala ada bengkang-bengkoknya serta ada simpang siurnya..namun itulah hidup.. tidak pernah sunyi daripada ujian kerana ujian itu sebagai tanda kasih dan sayang Allah kepada kita..dijadikan ujian itu sebagai tarbiyah kepada manusia yang ingin kembali menemuiNya..

Malu Pegang Status "BERKAHWIN"

Macam mana nak aku mulakan semua nie... entry kali ni buat aku berfikir panjang untuk menulis. Kerana aku takut jika ada yang terasa. Aku buat entry ni bukan nak tujukan pada sesiapa, cuma aku nak tahu kenapa?? Why??? Kenapa seorang lelaki yang sudah berkahwin tetapi malu untuk mengaku yang dirinya dah berkahwin?? Dia cuba sedaya upaya dia, nak rahsiakan ini semua dari semua orang. Kalau boleh dia tak nak orang tahu dia dah punya isteri.. Kenapa agaknya?? Apa motifnya yang sebenar?? Agak-agak korang kenapa yer??? Why? Kekadang aku pun pelik....adakah dia cuma / cuba untuk pikat perempuan lain??? 

     Adakah kerana takut orang tak ingin berkawan degannya apabila tahu statusnya sudah berkahwin??? Banyak persoalan timbul di kepalaku... Cuba korang leraikan persoalan yang timbul di benak ku nie...KENAPA ek??Ramai yang aku jumpa lelaki macam nie...tapi tak semua lelaki la... pada kaum lelaki jangan terasa ek..TAK SEMUA tau, hanya sesetengah jer. Pada kaum hawa, pernah tak korang jumpa lelaki macam nie??? pelik kan... Adakah kerana malu??

Blog Ke Wordpress


Apa pendapat korang, Snow White nak bertukar ke Dot Com?? Sebenarnya dah lebih setahun Snow White Berblogging.. Snow White pun teringin jugak nak belajar cara menggunakan Wordpress.. Dengar kata Wordpress nie susah. Betol ke? Ada jugak yang kata senang. Betol ke? So, Snow White ingat nak tukar laa. Macam mana, korang setuju tak?? Kalau korang tahu sikit atau banyak tentang Wordpress, kongsilah dengan Snow White.

Kalau Snow White tukar ke Wordpress, Snow White akan guna http://tieyhaza.com. Tapi Blog nie masih lagi wujud cuma tiada lagi entry baru selepas bertukar kepada Wordpress. Snow White hargai sangat pada teman-teman yang selalu tinggalkan komen dan jejak di blog Snow White nie. Snow White hargai juga kepada followers Snow White. Tanpa anda semua, siapalah Snow White.

(18 SX)....Fadhilat Bercium

AMARAN!!!!!!
PRAKTIKAL UTK PASANGAN SUAMI ISTERI SAHAJA
UTK ORANG BUJANG.... (DILARANG EK)

Lepas baca ni, paling busuk pun ciumlah pasangan suami isteri anda sekali pun jadilah sblm pi keje kew..lagi byk lagi bagus!..xkisahlah sape2 leh start dulu..hehe..jgn segan2..byk fadhilatnyer.....yg lum kahwin, jgn mandai2 nak cium pakwe/makwe anda sekalian lak..neraka hukumnya..buat pedoman jek dulu..hehe..selamat membaca.

Fadhilat Bercium???

Ahli perubatan mendapati bahwa berciuman baik untuk kesihatan..... Bercium itu bukan hanya membuat seseorang merasa senang, tapi juga efektif melawan banyak penyakit. Apa saja keuntungan berciuman bagi kesihatan?

* Berciuman dalam waktu lama boleh membantu sistem sirkulasi kita. Ketika berciuman, detak jantung makin cepat hingga 110 degupan jantung per minit.

* Setelah berciuman, paru-paru bekerja lebih keras. Kira-kira 60 tarikan nafas per minit, dibandingkan dalam nafas normal, hanya 20 kali tarikan nafas per minit. ini baik untuk mencegah sakit paru-paru.

* Beberapa doktor gigi percaya, bahawa berciuman merupakan tindakan pencegahan gigi berlubang. Berciuman menstimulasi air liur yang boleh menghancurkan asam yang menutupi gigi.

* Berciuman yang berlangsung lebih dari 3 minit membantu kita melawan stress. Berciuman dalam waktu lama boleh menghancurkan hormon stress.

Lagi... kelebihan berciuman .....huhuhu!

1. Pasangan yang memberi ciuman perpisahan setiap pagi kepada pasangan hidupnya rata-rata memiliki waktu 5 tahun lebih lama dari yang tidak Nmelakukan rutin ini.

2. Berciuman baik untuk mendorong kepercayaan diri. Membuat seseorang merasa dihargai dan memberi ketenangan diri.

3. Berciuman membakar kalori, 2-3 kalori per minit dan menggandakan tingkat metabolis. Ada yang mengatakan, bahwa dengan berciuman bergairah tiga kali per hari (setidaknya 20 detik per ciuman) boleh membantu menghilangkan berat badan.

4. Berciuman dikenal sebagai penghilang stress. Berciuman penuh ghairah boleh menghilangkan ketegangan, mengurangi energi negatif, dan memproduksi rasa sihat, menurunkan hormon stress.

5. Berciuman menggunakan setidaknya 30 otot wajah dan mencegah pipi kendur. Otot pipi yang menegang karena ciuman yang bergairah mampu membantu kulit lebih halus dan meningkatkan peredaran darah.

6. Berciuman baik untuk jantung, menurunkan tekanan darah dan kolesterol.

7. Mereka yang sering berciuman jarang mendapat masalah perut.

8. Selama berciuman, antibiotik diproduksi tubuh dikeluarkan melalui air liur. Air liur juga dipercayai sebagai anestetik yang membantu mengurangi sakit.

Selamat bercium-ciuman...hehehehe....biar pasangan anda/kawan2 kita supaya perhubungan suami isteri jadi mesra gitu... Insyaallah ;)

"SeLaMaT HaRi iBu (Ma)"

Pernah aku ditegur...
Ma kata untuk kebaikan...
Pernah aku dimarah...
Ma kata untuk membaiki kelemahan...
Pernah aku diminta membantu Ma didapur...
Katanya supaya aku pandai bila kahwin nanti...
MA…..
Pernah aku merajuk..Ma cakap aku manja...
Pernah aku melawan...Ma cakap aku degil...
Pernah aku menangis...Ma cakap aku lemah...
MA…..
Setiap kali aku tersilap...
Dia hukum aku dengan nasihat...
Setiap kali aku kecewa...
Dia bangun di malam sepi lalu bermunajat...
Setiap kali aku dalam kesakitan...
Dia ubati dengan penawar dan semangat...
Dan....
Bila aku mencapai kejayaan...
Dia kata bersyukurlah pada Tuhan....
Namun…..
Tidak pernah aku lihat air mata dukamu...
Mengalir di pipimu.....Begitu kuatnya dirimu….
MA….
Aku sayang padamu…
Tuhanku......
Aku mohon pada-Mu...
Kau panjangkanlah umur ibuku...
Supaya aku boleh berbakti kepadanya...
Supaya aku boleh balas segala jasanya...
Walaupun hari Ibu bakal disambut...
Tapi aku tak kan lupakan Abah juga...
Kerana mereka berdua aku ada disini...
Terima kasih buat Ma dan Abah...
Tak kan ku lupa jasa Ma dan Abah dalam membesarkan aku...
Aku sayang kalian...terlalu sayang...
Aku juga..betul-betul rindukan kalian berdua...
Nantikan kepulangan anakmu pada bulan 6 nanti..
Apa pun "SELAMAT HARI IBU (MA).."

KeNaLi BuAh HaTiKu..

Entry kali nie..aku nak bercerita pasal 'Buah Hatiku'...My Pesona..hehehe.Inilah dia 'Buah Hatiku' yang aku maksudkan...cantik tak?? bukan sesiapa ek..Kereta inilah yang banyak membantu aku dalam pergerakan untuk kesana kemari dan yang penting, yang selalu ku bawa untuk pergi kerja dan balik kerja...Tanpa 'Buah Hatiku' nie..aku pun pening kepala..sebab duk fikir,sapa la nak hantar ku pergi kerja..pastu macam menyusahkan orang la pulak....

Nape ek aku pilih kerata keluaran Proton bukan Produa?? sebabnya dia cantik la...korang pun...Tak adalah, Produa pun cantik gak...korang perasan tak kat tepi kereta aku tu.. Nampak tak Myvi putih tu..hah.tu kereta ayah aku... itulah salah satu sebabnya aku pilih Pesona. Ayah aku dah pakai Myvi..takkan aku pun nk ambik Myvi jugak kan... Biarlah ada kelainan orang kata..hehehe...kereta sebenarnya ibarat 'kaki' bagi semua orang..betol ke?? Terutama bagi orang yang berkerjaya dan berkeluarga..kan2..??

Walaupun kereta nie agak murah...hehehe murah ke?? agak  mahal la jugak. Tetapi kesedapan semasa pemanduannya tak terkata. memang best!! Terutamanya bila berjalan jauh, aku kan orang 'kelate'....Perlis ke Kelate...jauh oooo... memang puas hati lah aku beli kereta nie. Tapi tu lah, cost untuk menyara kereta nie..nak isi minyak sakit sikit. Bukan apa, kereta nie telan minyak kuat sikit, dulu 'dia' tak mcm nie masa mula-mula beli...hehehe..bukan salah kerata aku pun....semua nie salah aku jugak sebab tukar sport rim 17 Maybe berat sikit kot..sebab tu makan minyak.hehehe Janji aku puas hati dan sanggup jaga 'dia'....kan..kan.

Kalau korang nak tahu..aku cuma ada lesen kereta jer..aku tak ada lesen motor. Aku pun tak heran aku tak ada lesen motor sebab rumah aku memang tak ada motor. Itupun ada sejarahnya. Ada seorang insan nie...Melarang aku sama sekali dari bawak motor, lantas mengambil lesen pun tak boleh. maybe dia sayang kat aku kot..hehehe..Larangan itu berpunca dari risiko membawa motor itu sendiri.. Insan nie pernah cakap kat aku, bawak motor nie membunuh diri, betol ke?? Tak kira kita bawak betol ke..salah ke..dua-dua sama.Kita bawak cermat pun kita boleh kena lenyek dengan kereta atau lori..Kita bawak tak cermat apatah lagi. Mungkin justifikasi itu boleh di pertikaikan, tetapi aku terima kerana aku setuju. Korang tak terima lantak korang laa...hahahaha... Secara peribadi aku akui, aku dah 2 tahun memiliki lesen kereta, dan aku bersyukur kerana tidak memiliki lesen motor. Ini kerana aku bukanlah pemandu kereta yang cermat sangat. Hampir-hampir eksiden dah berapa kali. Agaknya kalau aku bawak motor dah lama arwah kot....hehehe .Kepada sesiapa yang bawak motor tu aku harap berhati-hatilah di jalan raya. Ingatlah orang tersayang....

KiSaH CiNtA SeOrAnG sUaMi

::: Gambar Hiasan Sahaja :::

Dilihat dari usia beliau sudah tidak muda lagi, usia yang sudah senja bahkan sudah mendekati malam. Masa Pak Suyatno, 58 tahun ke sehariannya diisi dengan merawat isterinya yang sakit. isterinya juga sudah tua. Mereka berkahwin sudah lebih 32 tahun.Mereka dikurniakan 4 orang anak .......di sinilah awal cubaan menerpa, setelah isterinya melahirkan anak ke empat .........tiba-tiba kakinya lumpuh dan tidak boleh digerakkan. Hal itu terjadi selama dua tahun.Menginjak tahun ke tiga seluruh tubuhnya menjadi lemah bahkan terasa tidak bertulang lidahnyapun sudah tidak mampu digerakkan lagi.

Setiap hari Pak Suyatno memandikan, membersihkan kotoran, menyuapkan, dan mengangkat isterinya ke atas tempat tidur.Sebelum berangkat ke tempat kerja dia meletakkan isterinya di hadapan TV supaya isterinya tidak berasa kesunyian.Walau isterinya tidak dapat bercakap, tapi dia selalu melihat isterinya tersenyum, dan Pak Suyatno masih berasa beruntung kerana tempat kerjanya tidak begitu jauh dari rumahnya, sehingga siang hari dia boleh pulang ke rumah untuk menyuapi isterinya makan. Petangnya dia pulang memandikan isterinya, mengganti pakaian, dan selepas maghrib dia temankan isterinya menonton tv sambil bercerita apa sahaja yang dia alami seharian.

Walaupun isterinya hanya mampu memandang (tidak mampu memberikan respons ), Pak Suyatno sudah cukup senang bahkan dia selalu menggoda dan bergurau dengan isterinya setiap kali menjelang tidur.Rutin ini dilakukan Pak Suyatno lebih kurang 25 tahun. Dengan sabar dia merawat isterinya bahkan sambil membesarkan ke empat buah hati mereka, sekarang anak-anak mereka sudah dewasa tinggal si bungsu yang masih kuliah.

Pada suatu hari ke empat anak Suyatno berkumpul di rumah orang tua mereka sambil menjenguk ibunya. Kerana setelah menikah mereka tinggal dengan keluarga masing-masing.Dan Pak Suyatno tetap merawat ibu kepada anak-anaknya, dan yang dia inginkan hanya satu: semua anaknya berjaya.Dengan kalimat yang cukup hati-hati anak yang sulung berkata : "Pak kami ingin sekali merawat ibu ... Semenjak kami kecil kami melihat bapak merawat ibu dan tidak ada sedikit pun keluhan keluar dari bibir bapak, bahkan bapak tidak izinkan kami menjaga ibu."

Dengan air mata berlinang anak itu melanjutkan kata-katanya .........

"Sudah yang kali keempat kami mengizinkan bapak menikah lagi, kami rasa ibupun akan mengizinkannya. Bila papak akan menikmati masa tua bapak dengan berkorban seperti ini .....kami sudah tidak sampai hati melihat bapak begini... kami berjanji akan merawat ibu dengan sebaik-baiknya secara bergantian," ujar anaknya yang sulung merayu.

Pak Suyatno menjawab hal yang sama sekali tidak didugaoleh anak-anaknya.

"Anak-anakku. .... jikalau hidup di dunia ini hanya untuk nafsu.... mungkin bapak akan berkahwin lagi.... tapi ketahuilah dengan adanya ibu kalian di sampingku... . itu sudah lebih dari cukup. Dia telah melahirkan kalian... "Sejenak kerongkongannya tersekat..."Kalian yang selalu kurindukan hadir di dunia ini dengan penuh cintayang tidak dapat dinilai dengan apapun.Cuba kalian tanya ibumu apakah dia menginginkan keadaannya seperti Ini ? Kalian menginginkan bapak bahagia .... Apakah batin bapak dapat bahagia meninggalkan ibumu dalam keadaannya seperti sekarang ? Kalian menginginkan bapak yang masih diberi Allah kesihatan yang baik dirawat oleh orang lain .......bagaimana dengan ibumu yg masih sakit ?

Sejenak meledaklah tangis anak-anak pak Suyatno...Merekapun melihat butiran-butiran kecil jatuh di pelupuk mata ibunya... Dengan pilu ditatapnya mata suami yang sangat dicintainya itu...Sampailah akhirnya Pak Suyatno diundang oleh salah satu stesen TV swasta untuk menjadi panel jemputan acara Bimbingan Rohani Selepas subuh dan juru acara pun mengajukan pertanyaan kepada pak suyatno... Kenapa bapak mampu bertahan selama 25 tahun merawat Isteri yang sudah tidak mampu berbuat apa-apa? Ketika itu pak Suyatno pun menangis....tamu yang hadir di studio yang kebanyakan kaum ibu pun tidak mampu menahan haru...

Disitulah Pak Suyatno bercerita...Jika manusia didunia ini mengagungkan sebuah cinta tapi dia tidak mencintai kerana Allah maka semuanya akan luntur...Saya memilih isteri saya menjadi pendamping hidup saya .......Sewaktu dia sihat diapun dengan sabar merawat saya... Mencintai saya dengan sepenuh hati zahir dan batinnya bukan dengan mata kepala semata-mata. .. dan dia memberi saya 4 orang anak yang lucu dan baik-baik...Sekarang dia sakit berkorban untuk saya kerana Allah... Dan itu merupakan ujian bagi saya.Sihat pun belum tentu saya mencari penggantinya. .. apalagi dia sakit ... Setiap malam saya bersujud dan menangis dan saya mengadu kepada Allah di atas sajadah supaya meringankan penderitaan isteri saya.Dan saya yakin hanya kepada Allah tempat saya mengadukan rahsia dan segala kesukaran saya...kerana DIA maha Mendengar... .

Adakah anda sanggup berkorban sebegini demi cinta?

LEMBU....Orang Kaya Kasi


1. Thank & link the person that gave you the cow.

Thanks pada TTT kerana sudi bagi lembu yang besar gedempol nie. Nak kena bela ke??? hehehe...tak sanggup ku nak membelanya.. tak pernah hayat ku membela lembu.. bela kucing boleh la..hehehe. Kalau sembelih pun sodap nie...lawak jer.. orang suruh jaga aku nak sembelih pulak..ada ke patut.. Ok, apa pun tima kasih kat TTT . Kan ku jaga sebaiknya...

2. Bagi balik wasiat nie kat 7 bloggers yang paling aktif atau 7 paling tak aktif...hahaha

eh...eh...sedar tak sedar lembu nie makin gemuk.. pandai tak aku jaga.??? perasan la pulak. Oklah, aku pun dah tak larat nk bagi makan.. banyak lagi kerja lain yang aku nak kena buat...so aku serahkan pada korang la pulak.. jaga elok-elok tau..bg makan 5 kali sehari pun dah cukup...hehehe. aku nak bagi pada 7 orang bloggers yang paling aktif kat blog ku...sila rujuk lampiran kat bawah nie yer...

3. Bagi tau diorang nie, yang diorang dapat wasiat dari orang kaya Kg Sepening Lalat.

* Orang kaya yang pemurah...tapi yang pasti dia selalu pening lalat, sebab tu la dia wasiatkan lembu kat aku...adusss...aku pulak yang pening. sekarang tibalah giliran korang untuk pening-pening....hehehehe

4. Cerita 3 perkara apa yang anda selalu buat sambil tengok TV

* Makan apa saja makanan yang ada depan TV.. 
* Mengadap Laptop sambil layan TV
* Tido depan TV 

5. Bagitau 3 makanan pelik yang pernah anda makan

Tahi itik (sesapa org kelate mesti tahu)
* Makan dahdah (sesapa org utara mesti tau)
* Buah katak puru (sesapa ore kelate mesti tahu)

6. Cuba bagitau berapa orang dah kawan anda kat FACEBOOK

*196 jerr..

7. Favourite soalan ni....macam mana korang berjumpa spouse korang or pakwe or makwe....kat mana???

* Kalau aku nak cerita...nampaknya kenalah buat satu entry pasal ni.. sebab panjang citernya.. hehehehe.

0k dah siap..fuuhhhh...lega rasanya. dah berbayar hutangku dengan TTT . Pada sesiapa yang dapat lembu nie..belajar-belajar la bela lembu dan belajar2 la hidup cam orang Kg ek...hahahaha