LaWaK pEnDeK...

Siapa Nie??
Seorang lelaki menelefon hospital untuk memberitahu yang isterinya nak bersalin. dan jururawat hospital menjawap talipon tersebut...

    Lelaki       : "Hello...tolong saya sebab isteri saya nak bersalin!!"
    Jururawat : "Sila bertenang.......ini anaknya yang pertama ke??"
    Lelaki       : "Apa punya bangang....ini laki dia laa!!"
    Jururawat  : "Errkkkk...."

Yang Palig Tua..
Disekolah tabika.
   Cikgu : Amri, awak ada berapa beradik?
   Amri   : tiga, cikgu
   Cikgu : awak yang paling tua?
   Amri   : tak, atuk saya....

Tak Siapa Berani Curi
Di zoo, seorang pekerja dimarah ketuanya.

  Ketua    : Apasal kamu tak kunci kandang singa ni semalam?? Bahaya betol.
  Pekerja  : Tak perlu risau,boss.. mana ada orang berani nak curi singa ni.

Punca Kematian
Dam!!! Pintu pejabat sebuah hospital dihempas. Seorang doktor muda kelam kabut masuk, menggelabah puyuh, jumpa doktor senior.

    Doktor Senior : Kenapa ni?
    Doktor Muda  : ( Termengah-mengah memberitahu) Saya dah buat silap masa isi borang kematian pesakit...habislah...matilah saya....
    Doktor Senior : Silap macam mana pulak?
    Doktor Muda  : Saya tersain nama saya kat punca kematian...

3 Bulan Lagi
Selepas 25 kali mencuba, akhirnya Dol lulus temuduga. Tapi sebelum meninggalkan bilik temuduga, pengurus kilang memberitahu.

    Pengurus : Untuk permulaan, kita bayar kamu RM5 sejam. Tapi lepas 3 bulan, kami naikkan gaji kamu kepada RM7 sejam. setuju??
    Dol         : Setuju , boss...
    Pengurus : Kalau macam tu, bila boleh mula kerja??
    Dol         : 3 bulan lagi, boss......

Sedara Kita
Pada suatu petang, seorang ibi membawa anaknya berusia 4 tahun bersiar2 menaiki kereta. Dalam perjalanan, si ibu membunyikan hon.

    Anak : Naper ibu bunyikan hon & sape org tu??
    Ibu    : Tu sedara kite, kenalah hormat.

Dalam perjalanan mereka seterusnya mereka terserempak dengan seekor lembu yang nak melintas, lalu si ibu membunyikan hon.

    Anak : Tu pun sedara kita ke...??

3 comments:

zarin said...

lawakla....i gelak sorang2..btw, singgah sini jap tadi dari rumah noorul :-)

mira amira said...

haha . lawak doe.. hehe
tgh guling2 dpn pc ni..
mak sy kata sy dah buang tabiat
ke xde tempat len nak guling..
ngeh ngeh =p

[airsuam]

╚► capital S hana ◄╗ said...

haha .
da lme x bce lwk2 cmni
dulu slalu bce dlm mastika ;P

Post a Comment