ReSePi mAhLiGai BaHaGiA...


Bahan-bahannya:
2 kg penuh pegangan teguh kepada Allah dan ajaran Islam serta berpandukan Quran & Sunnah.
1 kg rasa cinta dan kasih sayang yg sentiasa membara.
1 kg rasa kesyukuran dan ketakwaan
4 cawan rasa tanggungjawab
3 cawan daya penambat hati (appeal, daya tarikan termasuk penawar dan pelembut hati)
2 cawan penuh puji-pujian, kemesraan dan gurau senda.
2 cawan pati kemanusiaan.
2 cawan keyakinan diri masing², dorongan dan sokongan.
1 cawan rasa kepuasan.
1 cawan budi bahasa.
1 cawan perasaan timbang rasa.
1 cawan tolak ansur dan toleransi atas segala kesilapan dan kelemahan 2 pihak.
2 gelas ucapan terima kasih utk disiram selalu.
1 sukatan peruntukan kewangan yg mencukupi.
2 orang anak kecil sekurang-kurangnya.
4 cawan penuh pengucapan maafkan daku (ini juga sangat penting utk kita jadikan amalan diet kita)
Secubit campur tangan mertua
Curahkan kerjasama yg perlu dan persediaan kerja
berpasangan dan perkongsian.


Cara membuat atau mengamalkannya:

1. Kita adun dgn cermat semua bahan² di atas dan asingkan rasa cemburu, curiga, sikap
mengkritik, sikap marah dan sakit hati.

2. Isikan dengan bunga-bunga cinta yg segar dan panaskan dgn bara api kesetiaan dan
kejujuran.

3. Hiaskan dgn dua org anak kecil dan bolehlah ditambah mengikut selera dan kemampuan diri masing².

Peringatan: Jangan sekali-kali dihidangkan dgn sikap dingin dan lidah yg berbisa. Makanan kalau sesedap mana pun jika dihidangkan dgn sikap dingin akan menjadi hambar. Hiaskan dgn senyuman manis penuh kasih sayang. Sesekali bawalah hidangan ini utk menikmati bersama di tempat peranginan ketika berbulan madu dahulu agar kemanisannya tetap kekal. Seperti juga masakan, kita mesti menaruh serbuk perasa. Serbuk perasa resepi perkahwinan bahagia ialah keimanan, kesabaran dan kesungguhan kita utk mencapai kebahagiaan tidak kira berapa besar pun pancaroba yg melanda.


2 comments:

sophie said...

suka tengok makcik pakcik tu tersenyum bahagia

Hidier said...

mcm best jek resepi ni..nak kena try ni :)

Post a Comment