SuRAt UnTuK BeRpOLiGaMi


Kepada semua kaum bapak-bapak yang ada hati nak
tambah kuota 2 , 3 or 4 boleh la rujuk surat rasmi nie ek....ada berani???
hehehe..siap buat surat lagi... bolehkah kaum hawa menerimanya??
aku rasa tak..yg akan korang terima penampar free jer...hahaha

Suami bin Lelaki
17, Jalan Angkasa,
24300, Kemaman
Terengganu.


Isteri binti Perempuan
17, Jalan Angkasa,
24300, Kemaman
Terengganu.

31 April 2006

Puan,

PERKARA : PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI

Perkara di atas adalah di rujuk.

2. Sebab utama permohonan ini di lakukan adalah kerana saya ingin melengkapkan kuota yang telah di peruntukkan bagi saya. Buat masa ini kuota yang telah di isi cuma satu, memandangkan masih ada 3 kekosongan, eloklah jika dapat di penuhi secepat mungkin. Pihak yang akan mengisi satu kekosongan ini buat masa ini ialah Cik Erisya binti Husin yang merupakan setiausaha saya di pejabat. Memandangkan komitmen yang beliau tunjukkan di pejabat amat baik, eloklah jika kita masukkan dia bersama kita di dalam organisasi keluarga kita. Kekosongan yang selebihnya akan di isi di masa akan datang.

3. Untuk makluman pihak puan, yang sebenarnya masalah ini telah lama saya fikirkan tetapi memandangkan poket saya yang selalu nipis, terpaksalah saya tangguhkan dulu permohonan ini di samping kurangnye rasa keyakinan untuk mengemukakan permohonan ini. Kini, setelah saya dapat mengeluarkan kesemua duit pelaburan ASB saya, saya merasakan kembalinya semangat saya yang telah hilang selama ini.

4. Permohonan ini amat setimpal kerana dengan kedudukan sekarang ia menguntungkan kedua belah pihak dan juga pihak ketiga. Selama ini hidup kita bahagia sebab jika tidak, manakan mungkin puan dapat menjadi seperti sekarang. Semua yang puan miliki sudah bertambah besar. Kereta besar, rumah besar, rantai besar dan pakaian besar. Jika dulu potongan puan seperti gitar, kini sudah bertukar menjadi drum. Oleh itu, sudilah kiranya dapat kita kongsi bersama insan lain kebahagiaan kita ini.

5. Pihak puan juga dapat menikmati faedah dari kelulusan permohonan ini kerana puan akan tetap menikmati apa yang telah puan miliki sekarang dengan waktu bekerja lebih singkat dan sistem syif akan di perkenalkan iaitu 1 hari kerja dan 1 hari cuti rehat. Waktu bekerja yang selebihnya akan ditampung oleh pihak ketiga. Kebaikan yang puan akan nikmati ialah waktu rehat yang bebas kerana dalam waktu puan bercuti, saya selaku Penyelia tidak akan memantau aktiviti yang puan lakukan. Pada waktu itu saya cuma akan fokus kepada hasil kerja pihak ketiga. Menguntungkan bukan?

6. Segala kerjasama dari pihak puan saya dahulukan dengan ribuan terima kasih. Saya amat berharap pihak puan dapat meluluskan permohonan saya ini kerana adalah lebih baik jika kita dapat berkongsi kebahagiaan kita ini bersama insan lain. Saya harap permohonan saya ini di balas dengan senyuman penuh keikhlasan dari pihak puan dan tandatangan puan di atas kertas yang saya lampirkan bukannya balingan periuk nasi, pinggan-mangkuk, ketukan senduk dan perkara-perkara yang menyukarkan pihak puan untuk melakukannya.

7. Saya harap puan sudi meluluskan permohonan ini. Hadirkanlah senyumanmu sebagaimana ketika kita menyambut orang baru iaitu bayi kita kedalam keluarga kita 10 tahun lepas. Situasinya lebih kurang sama dengan masa kini. Kita akan menerima orang baru juga cuma bezanya ialah jika 10 tahun yang lepas kita perlu menjaga dan membelainya dengan manja bersama tetapi kali ini, setiap urusan penjagaan dan belaian manja akan di laksanakan oleh saya sepenuhnya.

8. Akhir kata, saya harap permohonan saya ini dapat dibalas secepat mungkin. Semoga kita bersama-bersama dengan pihak ketiga akan dapat melaksanakan program ini dengan jayanya.

Sekian, Terima Kasih.

"BERKORBAN DAN BERKONGSI KEBAHAGIAAN LAMBANG RUMAHTANGGA BAHAGIA"

Yang Ikhlas Memohon,
Suami bin Lelaki

11 comments:

Cik SHiN~JU said...

Salam...
wahahahaha...ai penah dpt emel surat nih...sengal dowh laki dia ni kan...

snow white said...

lebih dr sengai... SW rasa bini dia kena bw laki cek tahap kesihatan nie.. hehehe

zulkbo said...

salam..
ka ka ka..
sedap jer kenakan kita erk?
thats not my reason..hu hu

snow white said...

aiikk...terasa ek??

D'lla said...

mampu dr wang jer..keadilan dgn isteri no 1?masa?anak2?bakal anak2? pembahagian wang belanja?last, mampu ke nk tlg kawal cemburu isteri.. tepuk dada tanya iman

snow white said...

hehehe..betol3...org lelaki nie, bab kawin nk la sangat ikut sunnah nabi... benda yang wajib pun kekadang tak terbuat...sudah lumrah..kan??

ASSOYFINGER67 said...

Salam buat my 1ST lady...!Poligami:
Politik + gatal + miang=gagal
Poligami sebenar...lelaki yg mampu (kaya le senang cakap+kaya zahir + batin)..orang2 yang hendak di polikan:Desparate janda yg beriman ,wanita yg memerlukan bimbingan,menyelamatkan perempuan dari fitnah..gituler l/krg.Sekarang:anak dara,janda kaya,pompuan mesti seksi...fikirkanlah ..hai..tak tau lah!

** a i l y ** said...

hahahaha sengalnya lelaki tu! siot jerrrr xD

hijabmaya said...

Poligami!! isu sensitif buat wanita tapi bagi lelaki isu yang menarik. Itu lumrah dunia... selagi kita hidup bernama manusia.... Kita tidak seperti malaikat, kerana manusia diberi nafsu.. dan di situ senjata iblis untuk menyesatkan manusia.... fikirkan......

Syahrul Iman said...

haha..skemanya ayat laki tu..

snow white said...

@Syahrul Iman biasa la.... nama dah surat rasmi... hehehe

Post a Comment