Showing posts with label SuAmi RiNgAn TaNgAn.... Show all posts
Showing posts with label SuAmi RiNgAn TaNgAn.... Show all posts

SuAmi RiNgAn tAnGaN....

Assalamualaikum para sahabat & sahibah sekalian,
Saya terpanggil untuk berkongsi maklumat mengenai kes suami ringan tangan.  
Selama ini saya hanya mengikuti & membaca sahaja.

Tak kira apa keadaan sekali pun, suami yang ringan tangan ni tidak sepatutnya ada sikap yang sebegitu buruk laku pada kaum muslimin kita.  Kepada yang ibu mertuanya yang berkata bersabar saja la tu... mungkin peringatan kepada menantu nya, sbb ke mana kalau tidak tumpah nyer kuah, kalau tidak ke nasi... itu lah pepatah org dulu.  Jadi berhati2 lah... kalau sang anak sudah pernah lihat peranagi bapanyer dulu dan kalau sikap2 baran pun ada pada dirinya, berhati2 lah.... Ini bukan untuk menakut-nakutkan jauh sekali untuk menyatakan, kau belum rasa... tapi peringatan sahaja.

Namun kepada kaum hawa, kita semua kena tau hak2 kita sebagai isteri, InsyaAllah suami akan hormati kita. Sbb tu kalau kita ke pejabat agama, kalau ada kes2 cerai sampai ada yg kata, di gantung tidak bertalilah... Dalam Islam, tiadalah penyeksaan sebegitu rupa.

Pertama, apabila sampai di sakiti tubuh badan lapor ke pejabat agama. Dapatkan khidmat nasihat dari pegawai berwajib.  Niat ke pejabat agama bukan untuk mengadu domba tetapi untuk mendapat nasihat.  Kan kita sayang rumah tangga, mungkin kita sebagai isteri ada buat silap... tapi sbb mulut suami ada batu tak mau cakap. Kita tanya pihak yang berkenaan utk kaji diri kita, kita ke yg silap. Pegawai yg berkenaan akan memanggil suami kita untuk di nasihatkan bersama. Terpulanglah apa masalah yang telah kita nyatakan pada mereka.  

Kedua, buat laporan polis.  Tujuannya adalah untuk meyekat perbuatan tersebut dari berterusan.  Ini sebabnya kalau dah sekali buat, lepas tu...eh..ehh.. tak der org nak marah pun.. jawabnya, InsyaAllah ada la yang seterusnya.  Repot polis ni tak semestinya untuk caj atau dakwa nyer ke mahkamah atas kesalahan 
jenayah, cuma bagi tau, yg ini untuk reference, mana tau jadi apa2 nanti.  Apa2 hal pun log report. 

Ketiga, dari polis report tu, polis akan refer ke hospital untuk buat pemeriksaan. Buatlah pemeriksaan, sekurang-kurangnya ada yg tau ada yg patah ke, yang teseliuh ke.. lebam ke. Then doktor boleh refer ker Jabatan Sosial di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat.  Jangan ingat org merempat jer di jaga oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Terms bagi org yang pukul isteri ni, adalah org bangsat.  Tak percaya, tgk laporan polis kalau ada peluang bagi org yg kena pukul ni.  Mmg patut depa ni dapat gelaran ni.  Seorang Muslim tidak layak mendapat gelaran begitu.  Kalau di Indonesia ni perkataan bangsat mcm paria dlm kalangan Hindu.  

Maaf la agak panjang tetapi, ini adalah ringkasan nya sebenarnya.  Soal jodoh, cerai ke tak cerai tu belakang kira. Itu soal jodoh, Allah yang tentukan.  Kita buat semua ni sbb nak selamatkan rumahtangga, anak2, diri kita dan seterusnya nak membetulkan suami yang sudah keterlaluan sikapnya. mungkin dia rasakan hingga tak ada org lain yang boleh menegurnya.  Kita boleh sabar dan tawakal...selepas berusaha. Dalam pada itu mmg kita perlu byk berdoa sentiasa...

Aku menulis ni bukan nak mengata atau untuk menyakiti hati sesiapa...ini cuma pendapat aku.. aku kesian pada kaum hawa...selalu disakiti oleh kaum adam....aku minta maaf bebanyak jika ada yang terasa... aku menulis cuma untuk suarakan pendapat.. pada pendapat korang mcm mn pulak???? pada kaum adam, maaf...aku mengerti tak semua begitu.. hanya sesetengah sahaja..kepada suami yang ringan tangan tu..insaflah.. kesian kat isteri kamu..tanggungjawab suami melindungi isteri..bukan utk menyakiti...tak kira apa alasan pun tidak memberikan hak kpd suami utk mengasari isteri...memukul utk tujuan mengajar boleh..ttp dlm islam ada caranya...tidak menyakiti dan tidak meninggalkan sebarang kesan.