Kehidupan Ini...


Dalam hidup tak ada perkara senang, yang mudah. Tapi hidup ini boleh jadi mudah, kalau kita nak mudahkannya. Mana ada manusia tak nak berjaya. Semua orang nak berjaya dalam hidup. Tapi ingat....kejayaan itu menuntut kesabaran, ketekunan serta usaha yang berterusan dan keredhaanNya disamping bersedia untuk berkorban...


Peluang.....peluang sentiasa terbuka bagi mereka yang positif dalam hidup. Jadilah manusia yang sentiasa memberi peluang pada diri sendiri. tak kiralah apa-apa peluang pun yang ada dalam hidup....peluang dalam percintaan, pekerjaan atau pelajaran.... Kalau kita menyukai atau menyintai seseorang, berusahalah untuk mendapatkannya, bukan membiarkan dia pergi begitu sahaja. Jangan tinggalkan orang yang kita sayang hanya untuk orang yang kita suka.... kerana orang yang kita suka akan tinggalkan kita untuk orang yang mereka sayang. Cuba dapatkan apa yang kita sayang. Sayanglah dengan apa yang kita ada sepenuhnya.......


Ingatlah masih ada yang masih sayangkan kita....Ingatlah tak semua yang kita inginkan, cita-citakan dan impikan akan kita capai dan akan kita perolehi  mengikut kehendak kita.. kerana Tuhan sentiasa menguji kita... Dia menguji kita tandanya Dia begitu sayangkan makhlukNya. Kitaini hanyalah insan yang lemah, insan kerdil di bumi yang bertuah.... Bumi ini hanyalah persinggahan sementara buat hambaNya.... Hanya Persinggahan...

3 comments:

Iznie said...

betul!

Unknown said...

btol tue...berusahalah peluang mmg ada...

snow white said...

ya..berusahalah selagi peluang tu milik kita...!!

Post a Comment