SuAmi RiNgAn tAnGaN....

Assalamualaikum para sahabat & sahibah sekalian,
Saya terpanggil untuk berkongsi maklumat mengenai kes suami ringan tangan.  
Selama ini saya hanya mengikuti & membaca sahaja.

Tak kira apa keadaan sekali pun, suami yang ringan tangan ni tidak sepatutnya ada sikap yang sebegitu buruk laku pada kaum muslimin kita.  Kepada yang ibu mertuanya yang berkata bersabar saja la tu... mungkin peringatan kepada menantu nya, sbb ke mana kalau tidak tumpah nyer kuah, kalau tidak ke nasi... itu lah pepatah org dulu.  Jadi berhati2 lah... kalau sang anak sudah pernah lihat peranagi bapanyer dulu dan kalau sikap2 baran pun ada pada dirinya, berhati2 lah.... Ini bukan untuk menakut-nakutkan jauh sekali untuk menyatakan, kau belum rasa... tapi peringatan sahaja.

Namun kepada kaum hawa, kita semua kena tau hak2 kita sebagai isteri, InsyaAllah suami akan hormati kita. Sbb tu kalau kita ke pejabat agama, kalau ada kes2 cerai sampai ada yg kata, di gantung tidak bertalilah... Dalam Islam, tiadalah penyeksaan sebegitu rupa.

Pertama, apabila sampai di sakiti tubuh badan lapor ke pejabat agama. Dapatkan khidmat nasihat dari pegawai berwajib.  Niat ke pejabat agama bukan untuk mengadu domba tetapi untuk mendapat nasihat.  Kan kita sayang rumah tangga, mungkin kita sebagai isteri ada buat silap... tapi sbb mulut suami ada batu tak mau cakap. Kita tanya pihak yang berkenaan utk kaji diri kita, kita ke yg silap. Pegawai yg berkenaan akan memanggil suami kita untuk di nasihatkan bersama. Terpulanglah apa masalah yang telah kita nyatakan pada mereka.  

Kedua, buat laporan polis.  Tujuannya adalah untuk meyekat perbuatan tersebut dari berterusan.  Ini sebabnya kalau dah sekali buat, lepas tu...eh..ehh.. tak der org nak marah pun.. jawabnya, InsyaAllah ada la yang seterusnya.  Repot polis ni tak semestinya untuk caj atau dakwa nyer ke mahkamah atas kesalahan 
jenayah, cuma bagi tau, yg ini untuk reference, mana tau jadi apa2 nanti.  Apa2 hal pun log report. 

Ketiga, dari polis report tu, polis akan refer ke hospital untuk buat pemeriksaan. Buatlah pemeriksaan, sekurang-kurangnya ada yg tau ada yg patah ke, yang teseliuh ke.. lebam ke. Then doktor boleh refer ker Jabatan Sosial di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat.  Jangan ingat org merempat jer di jaga oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Terms bagi org yang pukul isteri ni, adalah org bangsat.  Tak percaya, tgk laporan polis kalau ada peluang bagi org yg kena pukul ni.  Mmg patut depa ni dapat gelaran ni.  Seorang Muslim tidak layak mendapat gelaran begitu.  Kalau di Indonesia ni perkataan bangsat mcm paria dlm kalangan Hindu.  

Maaf la agak panjang tetapi, ini adalah ringkasan nya sebenarnya.  Soal jodoh, cerai ke tak cerai tu belakang kira. Itu soal jodoh, Allah yang tentukan.  Kita buat semua ni sbb nak selamatkan rumahtangga, anak2, diri kita dan seterusnya nak membetulkan suami yang sudah keterlaluan sikapnya. mungkin dia rasakan hingga tak ada org lain yang boleh menegurnya.  Kita boleh sabar dan tawakal...selepas berusaha. Dalam pada itu mmg kita perlu byk berdoa sentiasa...

Aku menulis ni bukan nak mengata atau untuk menyakiti hati sesiapa...ini cuma pendapat aku.. aku kesian pada kaum hawa...selalu disakiti oleh kaum adam....aku minta maaf bebanyak jika ada yang terasa... aku menulis cuma untuk suarakan pendapat.. pada pendapat korang mcm mn pulak???? pada kaum adam, maaf...aku mengerti tak semua begitu.. hanya sesetengah sahaja..kepada suami yang ringan tangan tu..insaflah.. kesian kat isteri kamu..tanggungjawab suami melindungi isteri..bukan utk menyakiti...tak kira apa alasan pun tidak memberikan hak kpd suami utk mengasari isteri...memukul utk tujuan mengajar boleh..ttp dlm islam ada caranya...tidak menyakiti dan tidak meninggalkan sebarang kesan.

11 comments:

JijahJambu@Jj said...

mmm wanita ni kekadang terima je semua .. tak fikir panjang ... thats y orang selalu kata .. cinta itu buta ... sbb sayang .. semua depa pejam je mata .. telan bulat bulat ... mmm minta dijauhkan laa ...

snow white said...

betol.. masa bercinta semuanya syg.. utk kaum hawa..pilihlah pasangan yg baik & ada pegangan agama. supaya dia dapat membimbing kita... ;-)

Anonymous said...

kekadang siisteri yg mulakan..bila sisuami join sekali tu yg jadi tak terkawal tu..kadang2 isteri jangan selalu halang perjalanan hidup sisuami..mana ada lelaki yg suka do control oleh isteri...kalau dah selalu sangat kena contor...komen je jng marah....

Anonymous said...

control ada sebabnya...bkn nya terlampau control. mcm mn pulak,klu si suami lebihkan kwn2 dia lg dari isteri dan ank2??? suami kena sedar jugak..masa hepy memang kwn sentiasa ada di sisi..waktu ada masalah n bersedih..siapa di sisi suami???? isteri dan ank2 jugalah yg dicari. jika isteri bekrja pula, itu salah satu pengorbanan dia pada kamu.. andailah itupun kamu x hargai..cuba fikir pulak..siapa yg melahirkan zurit kamu?? isteri kan, itu pengorbanan paling besar utk kamu... pd si suami yg pernah naik tangan pada isteri minta maaf lah n insaf lah..sebelum hatinya berubah.. maaf snow white jika komen ni terlalu panjang.. entry ni memang best lah,utk pengajaran pada kaum adam.. hehehe

snow white said...

sabar2..sabar tu separuh drp iman.. hehehe, eh..korang berdua ni jng gaduh2. nape tak tinggalkan link, klu tak blh la snow white skodeng.. hehehe

Cik Lily Putih said...

mrbig sangat berat tangan smpi nak malas pun nk mintak suapkan huhuhuhu ngadakan?(utk legakan ketegangan dlm comment nie)

Ibnu Din Assingkiri said...

pada pendapat pakck yg dah lama kawen ni, ringankan tangan suami untuk memeluk isteri, isteri tu mmg built for hugging, tgk arr pinggang diaorang. kalau yg berisi sket tu buatlah bantal, sondol-sondolkan. Ringankan tangan tolong basuh pinggan ke, mop lantaike, barula tugas isteri jd ringan, ada byk tenaga..later malam. Small little things mean a lot. Pakcik dengar statistik biro pengaduan awam, masalah penceraian di Malaysia ni majoriti disebabkan penampilan suami yg selekeh dan B.O. yg busuk. Oleh itu ringankan tangan suami spray minyak wangi sikit, mandi, kemaskan diri, bagi nmpk menyelerakan sket.Itulah pendapat pakcik dah gila kuasa mcm post kat blog sendiri pulak.

snow white said...

hahaha..tak pa p.cik/sanusiDin. buat mcm rumah sendiri.. betol kata p.cik tu.. suami kena ringan tangan untuk membantu isteri bukannya ringan tangan pukul isteri..

hans said...

ish
minta dijauhkan

mrsmama said...

enth knpe dgn wanita yg sgp biar kn pekare mcm ni brlaku...negare kte kn ade undang2.....fikir2 kn lh

Unknown said...
This comment has been removed by the author.

Post a Comment