Achik Spin Meninggal Dunia

 

Hangat sekarang blogger semua cerita pasal achik spin yang popular dengan lagu boal-bola api duet dengan siti nordiana tu meninggal dunia. Ya berita ni betul dan telah di sahkan menurut utusan online.

"SEREMBAN 17 April – Artis terkenal yang juga vokalis kumpulan Spin, Abdillah Murad Md. Shari atau lebih dikenali sebagai Achik Spin, 28, meninggal dunia dalam satu kemalangan ngeri di KM 14 Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn. Bhd. (Lekas) dekat sini petang ini. Allahyarham, yang berada di dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) yang terbabas dan terbakar, meninggal dunia di tempat kejadian.Pada masa ini, polis dan anggota bomba masih lagi berada di lokasi nahas dan difahamkan mayat Allahyarham akan dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar di sini malam ini. Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Supritendan Polis (ASP) Abd. Halil Abd. Hamzah mengesahkan kejadian tersebut. – Utusan "

Al-fatihah untuk arwah. Takziah kepada keluarga achik spin terutama isteri dan anaknya yang masih kecil tu. Semoga tabah hadapi hari muka.

3 comments:

Unknown said...

al-fatihah

BaDBoYs said...

Dahulu masa 7 tahun lepas sebelum kawin lagu achik dng siti nordiana la lagu first aku nyanyi ngan wife aku...hehehe..masa tengah belajar dahulu...huhuhu al fatihah....

Days said...

die xcident dkt hiway lekas..near my house..ayoo baru lepas lalu situ sedih la..al fatihah moga roh dia aman di sana

Post a Comment