Carilah Teman Sebagai Cermin Diri



Selain cermin mati di rumah kita, kita perlukan cermin hidup utk melihat wajah kita, utk melihat siapa kita, utk menilai siapa kita. Cermin hidup ialah insan yg kita yakini, yang boleh memberikan jawapan dan gambaran siapa kita, apa kita, bagaimana kita di khalayak sebenarnya.

Cermin mati hanya mampu memberikan gambaran wajah kita yg sebenar. Kalau kita ada tahi lalat, cermin mati akan menunjukkan kita ada tahi lalat itu, tapi kalau ada sifat buruk disebalik wajah yang cantik ataupun yang handsome itu, bolehkah cermin mati beritahu kita? Jawapannya tidak.

Sebab itu kita perlukan cermin hidup, iaitu seorang yang boleh membicarakan tentang kita, perangai kita, sifat buruk kita, tindakan-tindakan bodoh atau sifat terburu-buru kita, sifat panas baran kita, kaki mencerca kita, kaki mengumpat kita dan macam-macam lagi.

Kita perlukan seseorang yang selesa membicarakan hal kita kepada diri kita sendiri, tanpa ragu-ragu, tanpa takut-takut, tanpa was-was bahawa kita akan menolak dia. Maknanya cermin hidup kita ini seorang yang jujur, baik, berhemah, tapi tidak begitu rapat dengan kita, namun kita yakin dia boleh memberikan pendapatnya kepada kita tentang diri kita.
So….fikir-fikirkanlah. Betol tak????

7 comments:

zulkbo said...

salam..
betulll..
saya setuju
pandai2 lah cermin diri
dan kekurangan diri sendiri
maka perbetulkanlah...

snow white said...

betol tu kan...tp ada ke org yang sudi jadi cermin diri kita..huhuhu???

fat said...

btol tue akak..
tp ssah nk cri crmin idop yg ikhlas..

ASSOYFINGER67 said...

Salam..My 1st lady...
Menjadikan pendapat orang lain untuk menilai diri memang baik tapi ada unsurperjudian...jika ia rapat atau tidak,mungkin pendapatnya dipengaruhi emosi....cermin diri kita adalah kata hati kita....kalau kita tak hensem hati akan kata begitu walau nafsu menafikan dan mulut menyokongnya....apapun muhasabah diri cara terbaik.Chaos!

ZilaJai said...

kang lau jd cermin idup pd smbody n mmg cnfrm ckp trus terang xder penapis kang xpasai2 mkn penangan or pekaki plak kang....hahahah..kot2 tuan cermin tu la xsgup trma knyataan...huhu..

snow white said...

@CikGadis ermmm..masalahnya...bnyak yg cermin hidup yg tak ikhlas..kan3.. hehehe

snow white said...

@ZilaJai hahahaha...k.la nie. betol jugak kan.. tak pasal2 kena mkn penampar free... kebanyakkan cermin hidup nie takut utk berterus terang...huhuhu

Post a Comment