Malu Pegang Status "BERKAHWIN"

Macam mana nak aku mulakan semua nie... entry kali ni buat aku berfikir panjang untuk menulis. Kerana aku takut jika ada yang terasa. Aku buat entry ni bukan nak tujukan pada sesiapa, cuma aku nak tahu kenapa?? Why??? Kenapa seorang lelaki yang sudah berkahwin tetapi malu untuk mengaku yang dirinya dah berkahwin?? Dia cuba sedaya upaya dia, nak rahsiakan ini semua dari semua orang. Kalau boleh dia tak nak orang tahu dia dah punya isteri.. Kenapa agaknya?? Apa motifnya yang sebenar?? Agak-agak korang kenapa yer??? Why? Kekadang aku pun pelik....adakah dia cuma / cuba untuk pikat perempuan lain??? 

     Adakah kerana takut orang tak ingin berkawan degannya apabila tahu statusnya sudah berkahwin??? Banyak persoalan timbul di kepalaku... Cuba korang leraikan persoalan yang timbul di benak ku nie...KENAPA ek??Ramai yang aku jumpa lelaki macam nie...tapi tak semua lelaki la... pada kaum lelaki jangan terasa ek..TAK SEMUA tau, hanya sesetengah jer. Pada kaum hawa, pernah tak korang jumpa lelaki macam nie??? pelik kan... Adakah kerana malu??

50 comments:

ciKeju said...

yeker?
kalau saya mesti lah bangge..haha
:)

snow white said...

ciKeju : apa yang kamu bangga?? :-)

ellis suriyani said...

okay..jujur ellis cakap eh..elis penah kene situasi ni..ellis penah berkawan dengan sorang lelaki ni..ellis igt die lom kawen..rupenye dh ade anak..then bile ellis mintak putus..die x nak..die sygkan ellis..smpai skang kami masih contact..awalnye die x nak bgtau die dh kawen sbb die takot ellis x nak kawan ngan die..but now die dh sakitkan hati ellis..

snow white said...

ellis : kekadang kita tak boleh jangka benda ni boleh terjadi. Bila dah jadi mcm ellis ni..mesti orang tuduh kita yang galak/gatal kan...padahal kita tak tahu status lelaki tu..apapun sabar jer la dan kita kena sentiasa berhati2 ;-)

Chaon Cornerz said...

Entah la.. plek jugak kenapa lelaki nie susah nak mengaku.. baek bangga je dah berumah tangga.. yang penting setia pada yang 1.. kalo lelaki macam dalam cerita nie.. ishk.. tue la tak sedar dir..

snow white said...

chaon : bagus la ko ni chaon.. kalau mengaku bukan rugi pun...hehehe

BaBy said...

cute xpernahla jumpa laki yg dah kawen..tp yg dah berpunye de la..xslh pun ngaku dah berpunya..sekrg2nya kita xde feel lbh2 kat dia..tp mslhnye bila xbgtau n kita lak de feel...pyhla..so jgn mudah percaya dgn laki..dia xmau ckp kita la yg kena tanya..tp kalu dah tanya tp nafikan benda sbnr..mmg sengal itu org..huhuhu..

zulkbo said...

salam SW
mungkin tertunggu2 komen dari saya..ha ha..ni seorang suami nak komen..rasanya perempuan tahu membezakan antara suami orang dan lelaki bujang..dari segi pergaulan sendiri pun anda dah boleh agak kan?mereka tak gelojoh..cakap pun berlapik..yang nyata saya seorang yang berterus terang..belum pernah di tanya jika saya berkawan dengan perempuan lain.."you dah kawin?"kalau cara kita mampu atau di senangi wanita itu rasanya dia tak kesah..lagi pun bukan nak terus mendirikan rumahtangga..sekadar berkawan..lelaki ni ada satu peringkat dia akan merasakan memerlukan lebih dari seorang isteri..kerana kemampuan dan segi tertentu..mungkin itu salah satu penyebab islam membenarkan lelaki kahwin sehingga 4 orang dalam satu masa..tapi itu bukan alasan sebenar..mereka juga manusia biasa tak lari dari jatuh cinta..dan perempuan pun kena akui lelaki yang baik2 kebanyakan adalah suami orang..he he..sendiri mau ingat..tepuk dada tanya akal..

snow white said...

baby : betol tu...SENGAL itu orang!!!! hehehehe

snow white said...

zulkbo : ya ke??? itu terpulang pada pandangan masing2. tak berani ku nak komen lebih2..nanti kang ada yang terasa.. hehehe

zulkbo said...

...tertinggal lak...>>>>
satu lagi lelaki yang baik tak kan membezakan isteri2 nya..setiap orang ada kelebihan..menjadikan dia lelaki yang di hargai..tapi satu dalam seribu jer kes ni..keturunan saya sebelah lelaki semua beristeri lebih dari satu dan kekal..tapi saya masih setia dengan yang satu..la la la

snow white said...

zulkbo : hehehe....seelok2nya setialah pada yang satu.. kalau bahagia tu..maka bertambahlah bahagia.. jangan hancurkan hati orang yang kita sayang. SW tahu, semua perempuan tak suka dimadukan... tapi jika itu takdir, prempuan tu terpaksa terima.. so,setia pada yang satu LAGI BAIK..kan?? hehehe

Arisa Mihashi said...

uik.ye ker.takpenah lagi jumpe situasi camni. laki kan boleh kawin 4.sbb die nak pasang ramai isteri la die tak ngaku.

YuSeNzE - KniGhT said...

alamak!!! cane nak jawab isu ni tatkala diri masih bujang.. haha...

"Ego + nakal - sentimen = lelaki"

Kadang2 perlu bersifat nakal di tempat2 tertentu. Perkara ini bukanlah kerana tiada kesetiaan dlm diri, dan bkn juga kerana malu untuk mengaku. Tetapi mungkin dengan pengakuan status bujang akan lebih memudahkan dari segi pergaulan secara umum. *wink*

Alamak... statement ni da mcm diskriminasi la pulak... haha...

Pendapat je ni...

snow white said...

Arisa : hehehe...maybe kot.

Yusenze : tapi kalau mengaku pun boleh bergaul jugak kan... contohnya ada depan mata mcm - uncle dan zulkbo.... kan2..?? hehehe

padin said...

umm.. he he.. tak tahu nak komen apa, tapi, menurut pendapat dari seorang yang bernama aku, padin "berterus terang dalam erti kata mengaku kebenaran itu jauh lebih baik dari menyembunyikan sesuatu di mana yang bakal menjadikan huru hara di kemudian hari kelak [noktah]" ~ adeh cadang nak jawab pendek je, xsangka jadi panjang juga rupanya..miahahahaha

faizal said...

sebagai seorang yg dah berkahwin, sy kini lebih suka mengaku STATUS sy nie..terpulang kepada individu tue samada nk kawan atau tidak ngn kite..nak kawan, kawan..xnk kawan, sudah..

** a i l y ** said...

maybe dia saja nak test market!
:D

snow white said...

padin : SW tahu...klu padin yang komen mesti panjang berjela. apapun SW setuju...hehehe

faizaal : lagi SW setuju....hehehe, semua komen aku setuju nie apasal... :-)

snow white said...

aily : laris ke market dia tu..??? dia ingat jual barang runcit ke.. hehehe :-)

husnazainal said...

kenape ek wahai lelaki.?takut la pulak nak kawen ni..

snow white said...

husnazainal : so, kita kena la pandai pilih pasangan kita.. hehehe... memang takut kan bila dngar mcm2 cerita kisah berumahtangga nie.. ;-)

Aidi-Safuan said...

nak tau kenapa? lelaki ngan perempuan kan 2 jenis makhluk yang berlainan. kalau lelaki dan perempuan tuh sama, kan ker tak meriah dunia nih. btol tak?

snow white said...
This comment has been removed by the author.
snow white said...

aidi-safuan : hahahahaha..ko ni buat lawak la pulak.. apapun tq komen... hehehe

Nur Hidayah Yahya said...

hahaha..ada la laki camtu.dia sibuk nak ngorat pompuan lain n xmau ngaku dah kawin.tak bahagia ngan isteri kot.isteri tu bukan pompuan yang dia betol2 cinta kot.kalo betul2 cinta dia xkan xngaku kan.bangga lagi ada la sebab dapat kawin dengan pompuan yang dia cinta.

Natasha said...

komen dari seorang isteri

kak tash sekadar bagi komen peribadi yer, jgn ada yang terasa ati seperti memakan cili api...hahaha

lelaki yang dah berkahwin bukannya x nak mengaku dah kawin, seperti juga perempuan, ada kalanya kita memerlukan kawan berlainan jantina untuk kita bersuara, cuma bezanya perempuan bawa status dia kemana2 sahaja, bezanya wanita disitu, dan lelaki terpaksa menyorokkan identitinya untuk berkawan, walau sekadar berkawan dgn perempuan lain, kerana bila berlakunya pengakuan jujur, berapa percent antara kita rela menjadi SAHABAT BAIK kepada lelaki yang telah berkahwin??

tepuk dada tanya jiwa,

snow white said...

Nur hidayah : maybe kot... tp kesian la kat isteri kat rumah tu.. :-)

kak natasha : betol tu kak...tapi mcm mn pulak bagi suami yg tak nk ngaku status nyer semata2 nak menggatal... kesian kat isteri dia kak...hehehe :-)

belalang hijau said...

Saye umumkan dengan ini bahwa saye sudah berkahwin...
(sambil angkat tangan)...

wakaka...

tp bg belalang,lelaki yg sorokkan citer yg dia udah berumah tangga memang ade niat yang tak elok.mybe nak cari sorang lagi or just play2 boya...

hee...

Fitrihadi.com said...

soal kahwin kena lah serius..carilah yg terbaik baru tak malu nak mengaku dah kahwin..

tapi itulah manusia - takkan ada cinta sejati selagi manusia tak berpuas hati dengan apa yg dia ada.. peace!

snow white said...

aku sokong kau belalang hijau.... aku pun rasa macam tu jugak.. nanti aku bg kau mkn kfc...hehehee

snow white said...

fitrihadi : kalau isteri cantik dan sempurna tp masih mengaku tak berkahwin...apa kejadah nyer??? mesti nk menggatal.... fik, betol kata kau..susah nak cari cinta sejati..so, bersyukurlah apa yang kita ada. hehehe..

Ibu faheem said...

hihihi..takmo komen apa2 boleh? :P

snow white said...

ibu faheem : hehehe...x kisah la akak...itu pun dah dikira komen...huhu

ASSOYFINGER67 said...

Salam...aku tak malupun...tapi aku malu nak kawin lagi ....nnt kao tengok gambar aku kawin hemsome tak...coming soon!

D'lla said...

wow..hot topik..depend pada lelaki tu la..kalo duit mampu..masa ok..& pandai jg cemburu isteri ok ja..dan hormat isteri..insyallah..er 1 dalam seribu la mcmni..

snow white said...

Assofinger : tahniah...jika seorang lelaki mampu setia pada yang satu!! hehehe. ko mestilah handsome... ;-)

D'lla : Dalam seribu tu, belum tentu kita jumpa yang satu tu....huhuhuhu

snow white said...

Assofinger : tahniah...jika seorang lelaki mampu setia pada yang satu!! hehehe. ko mestilah handsome... ;-)

D'lla : Dalam seribu tu, belum tentu kita jumpa yang satu tu....huhuhuhu

Nashays said...

agak nya lelaki ni bangga bila orang pandang die macam org bujang kot..

snow white said...

nashays : maybe kot. ;-) sebenarnya org yang mengaku dah bkahwin bkn rugi apapun.. malah bg sw, klu dah tahu berkahwin kita lg hormat kat dia. lagi bnyak pengalaman yang dia ada.. ;-) nak malu apa....

Aidi-Safuan said...

hahaha...ade plak cakap aidi-safuan buat lawak. orang cakap serius nih.

btw, nak tanya. dah baca buku "men from mars, women from venus"? buku tu menerangkan tentang perspektif manusia tentang relationship dan jugak pandangan setiap manusia terhadap jantina berlawanan. :)

snow white said...

aidi-safuan : ya ke...tak baca pun lagi. boleh pinjam.. hehehe, apa pun tq.

padin said...

aku tertarik dengan pendapatan adi_safuan nih "nak tau kenapa? lelaki ngan perempuan kan 2 jenis makhluk yang berlainan. kalau lelaki dan perempuan tuh sama, kan ker tak meriah dunia nih. btol tak?"...

aku nak tambah lagi.. ekeke.. keyword aku "kepelbagaian a.k.a variasi"..hehe lelaki sam lekaki pon ada beza kan, maksud aku dari segi personaliti, pemikiran..


kalau tengok dari segi pilihan kerjaya pon, PELBAGAI kan.. ahli politik, ahli sukan, ahli muzik..

so setiap pilihan kategori ahli tu pun ada cabang2 lagi, ahli sukan main bola, badminton.. hoki tak kurang juga tinju..

maka, konsep pelbagai ni sama juga tentang mengaku status nih.. kalau yang tak mengaku tu, maybe banyak sebab [macam yg di komen oleh kengkawan sini]

hoh panjang plak, xpe ke ni snow? alkesah aku pon belom kawen, taktau kategori mana lagi kui kui

snow white said...

padin : bila dah kwin..ko jng malu pulak untuk mengaku ek... buat penat jer isteri ko kwin ngan ko klu ko x mau ngaku..hehehe. komen ko memang blh buat entri..apapun tq padin. ko memang best lah.. :-)

sophie said...

Mungkin tanak saham jatuh..Dayus tol!

snow white said...

sophie : mungkin...tp sw jugak cukup tak suka lelaki mcm tu. mengaku apa salahnya..eeee.kekadang tu rasa geram jugak.. :-)

padin said...

tenkiu kak snow! he he aha mesti la mengaku bini yang terchenta!!!

snow white said...

padin : bagus-bagus. wahai kaum adam..contohilah si padin nie..hehehe :-)

Noraida Washifa said...

nak join..al kisah sya mengalami msalah ni..my hubby like berchating..then sorok status..mmg merana diri ni..anak dh 5 pn ssh nk ngaku dh kawin..

Ayna Farhana said...

Klu DA taw die suami org even u sdh tetlajak sygkan die...baik lupakan segera dr nnti smakin parah jdnye...krn u kna fkir ank n istsrinye..Dr mula die TDK jujur dgn status dirinye yg sdh betkahwin dkt situ DA nmpk die bkn seorang yg ikhlas n baik..Dr sudut itu kna fikir bkn dgn alasan bodoh sb takut nnti u tank berkwn dgn die..

Post a Comment