Siapakah Cinta Pertama Korang??


Cinta Pertama ... pernahkah korang mengalaminya? Aku yakin, semua orang pernah ada kenangan terhadap cinta pertama. Apakah definisi cinta pertama pada korang? Dan siapakah Cinta pertama korang itu?? Jom kongsi disini... aku minta maaf jika entri nie... buatkan korang terimbas kisah lama bersama si dia..yang pernah korang cintai dan sanjungi. Pada sesiapa yang kekal dengan cinta pertamanya.. TAHNIAH aku ucapkan....

Bagi aku, memang indah jika ada perasaan cinta itu menyelinap dan terus menyusup ke dalam kalbu. Memang sempurna hidup kita jika warna-warna cinta menghiasi di jiwa. Namun, tidak semua yang kita impikan, akan menjadi kenyataan. Kadang-kadang dalam keasyikkan menyimpul buih-buih cinta, tiada siapa menduga badai yang menjelma sehingga buih-buih itu berterbangan dan terus lenyap. Kadang-kadang, siapa yang menduga hujan juga mampu turun di tengah hari walaupun cuaca terang-benderang.

Definisi peribadi terhadap cinta pertama – bagi aku cinta pertama adalah laluan hati untuk kita merasai apa itu erti cinta yang sebenarnya. Laluan bagi jiwa untuk mengundang rasa rindu dan laluan bagi kalbu untuk menyimpul bunga-bunga bahagia. Namun, tidak semua cinta pertama akan berakhir hingga ke jinjang pelamin. Alangkah beruntungnya mereka yang berjaya membawa cinta pertama sehingga ke jinjang pelamin. Namun, itulah hakikat kehidupan ... tidak semuanya indah-indah belaka. Betol tak??

Cinta Pertama juga tidak semestinya cinta sejati kepada seseorang insan itu. Mungkin cinta sejatinya berada pada insan lain namun jika kita tidak membuka pintu hati kita kepada insan itu, bagaimana cinta sejati yang kita dambakan akan hadir untuk menghuni diri kita. Aku akui, sememangnya tidak mudah untuk melupakan cinta pertama. Kadang-kadang, kita masih terkenangkannya walaupun cinta pertama itu sebenarnya amat menyakitkan hati. Kadang-kadang, cinta pertama tidak boleh dibanggakan kerana ia mampu merobek dan mencalar jiwa yang suci. Namun, kadang-kadang aku terfikir, kenapa harus wujudkan perasaan cinta itu di dalam diri, sedangkan dia tidak tercipta untuk kita. Adakah untuk kita merasai apa ertinya rindu kemudian diberikan pula kita merasai apa ertinya kecewa. 3 in 1, itulah selayak-layaknya untuk aku mencampurkan kesemua perasaan ini jika cinta kita kecundang di pertengahan jalan.

Pernahkah korang terfikir, kenapa masih ramai yang membujang walaupun usia sudah menghampiri ke penghujung senja (Sama ada lelaki ataupun wanita). Jangan menuduh sembarangan tanpa asas yang kejap. Memilih ... harus memilih agar jiwa tidak tercalar namun yang penting, pernahkah korang sedar bahawa cinta pertamalah merupakan punca utamanya ramai yang memilih hidup membujang. Kadang-kadang, insan takut untuk mengundang cinta itu lagi untuk bertahkta di sanubarinya kerana takut kecewa menghiasai rumah jiwanya semula. Memang sukar untuk membentuk rumah jiwa jika kecewa sudah menghiasi di dalamnya. Kadang-kadang ia mengambil masa bertahun untuk mengubati parah yang hadir. Namun, sampai bila kita harus mengenang cinta pertama jika ia amat menyakitkan? Sampai bila kita hendak menutup pintu hati kepada mereka yang layak bertahkta di dalamnya? Sampai bila kita hendak dingin pada perasaan cinta sedangkan naluri kita amat memerlukannya untuk mengisi kekosongan di dalam jiwa. Sampai bila kita harus menyendiri jika kita tak pernah memberi peluang untuk mengundang cinta sejati? Kadang-kadang, cinta hati kita berada hampir dengan kita Cuma kita yang tidak perasaan kerana terlalu taksub dengan cinta pertama yang menyakitkan hati itu sehingga kita terlepas cinta sejati. Kita harus membuka mata untuk melihat cinta sejati kita agar kita tidak menyesal di kemudian hari sekiranya cinta sejati itu juga terlepas daripada genggaman kita.

Apabila membaca novel cinta, aku terfikir sendiri ... alangkah bahagianya mereka yang telah dipertemukan jodoh masing-masing walaupun banyak rintangan yang terpaksa ditempuhi sedangkan hakikat kehidupan yang sebenarnya tidaklah semudah seperti perjalanan cerita di dalam novel. Oleh itu, korang harus bersyukur jika korang telah dipertemukan jodoh dan hargailah pasangan masing-masing kerana bagi sesetengah insan, tidak mudah untuk bertemu jodoh dan tidak mudah untuk menyerah hati untuk dimiliki.

Kesimpulan yang dapat aku simpulkan disini, kadang-kadang cinta pertama membuatkan seseorang itu hilang kepercayaan kepada lelaki/wanita sehingga keraguan sentiasa timbul di hati mereka untuk mengecapi bahagia. Kadang-kadang mereka sanggup membujang hingga ke akhir hayat gara-gara cinta pertama yang menyakitkan hati. Walau apa pun situasi cinta yang anda alami, satu yang aku harap – hargailah cinta yang hadir kerana sekali ia pergi, susah untuk mengundangnya semula ...

Dan jika korang suka pada seseorang itu, luahkannya agar dia juga tidak terlepas ke dalam tangan orang lain. Kita harus mengambil risiko terluka jika kita cintakan seseorang itu kerana jika kita hanya memendamkannya, mungkin si dia yang menjadi dambaan hati juga akan berlalu pergi .... Alangkah ruginya selepas dia dimiliki baru kita tahu bahawa dia juga mempunyai perasaan yang sama dengan kita, hanya kerana kita terlambat, dia menjadi bunga larangan di jambangan orang.


41 comments:

cikmin said...

aik...dah komen ni tadi..mana pulak perginya..tadi pakai disqus kan?

ASSOYFINGER67 said...

Cinta pertamaku...isk....isk...isk...isk..isk...tak lalu nak cakap...waaaaaa!!!!!maaf aku tak boleh...maaf...cik SNOW WHITE....





he he

Vanilla Popsicle said...

cinta pertama masa matriks. haha.
sengal sungguh.
cinta pertama yang tak best.

snow white said...

@Ibu faheem yap...td nk test jer.. sw ingat kan tak hilang.. tngok2 semua dah lesap..huhuhu..komen sekali lg ek.. sory..

snow white said...

@ASSOYFINGER67 nape ngan ko ni assofinger??? macam sedih sngat jalan cerita cinta ko tu..hehehe

snow white said...

@Vanilla Popsicle ya ke??? cinta pertama adalah paling menyeronokan dan paling menyakitkan.. huhuhu

kue said...

cinta pertama ku adalah ibuku :)
selamat hari ibu to mama ngeeeeee~

snow white said...

@kue hehehehe..bagusnya dia.. anak ibu la nie.. ;-)

Cikmin said...

uwaaaaa...dah lupa dah la... :(

Kay- said...

cinta pertama...
jadi best fren skg..
hahaha

zulkbo said...

cinta pertama
di tingkatan 6 rendah
masih berhubungan
sebagai rakan baik
alhamdulillah
dah jadi Datin pun dia
kalau kawin saya..
suri rumah je lah
he he..

snow white said...

@abc milo hah..!! jadi best friend..boleh ke??? kalaulah cinta pertama saya boleh jadi best friend syoknya... hehehe

snow white said...

@zulkbo hehehe..lepas nie senang la nak minta tolong datuk... :-)

apakCikidong said...

cuba dengar lagu hattan -cinta pertama ;)

snow white said...

@Cikidong rasa cam nak nangis jer..huhuhu :-)

apakCikidong said...

nangis jer... :)

snow white said...

@Cikidong kenapa ek..cinta nie terlalu menyakitkan!!! andailah masa boleh diputar kembali..aku tak nak jatuh cinta pada mana-mana lelaki pun!!! tapi hatiku dah sakit..masa pun tak boleh diundur kembali..so hadapi dan terima hati yang terbuka..hehehe (pujuk hati).. :-(

Minie Mickey said...

cinta pertme sy mmg x dpt dilpekn..he is someone very caring & can accept me as who i am..;)

snow white said...

@Cik Minie sapa pun tak dapat lupakan cinta pertama.. :-(

apakCikidong said...

kena ingat, life goes on, with or without ;) ni kata2 adik ipar saya "All of us deserve someone to live life with, but if it's not coming yet..it's because God is still writing your love story :) Mine seems to have completed already! =D" chill!!!

snow white said...

@Cikidong yap betul tu..snow white sokong!! ikhlas tau bkn paksa sokong...hehehe :-)

Izyan Mashrom said...

cinta pertama.....masih di hati :)

BaBy said...

xde cinta pertama g..hehehhe.. :)

snow white said...

@yan hehehe..beruntungnya :-)

snow white said...

@BaBy
klu masih sekolah akak sarankan x yah la bercinta dulu..kejar lah cita2.. cinta bknnya seronok sngat pun.. buat rugi masa jer.. cinta nie terlalu menyakitkan..hehehe :-)

rhapsody LiN said...

ya Allah....

evry single word that u wrote dalam en3 ni mcm terkena kt batang idung sndiri..


yeahh.. lin stuju dgn smua yg akak ckp tu. it does happen to me. till now im still single dah nak masuk 3 tahun. susah nk percaya lelaki n tkut utk bercinta. i become more careful n sometimes i do think that mybe i'll become anak dara tua someday!

ahaha~

snow white said...

@rhapsody LiN bukan senang kan nak lupakan apa yang pernah berlaku antara kita dan dia.. sekali terluka, selamanya tetap terpahat dihati kita.. betol tak??

akuvision said...

cinta pertama?, tak pernah bercinta la. Tapi cinta pertama tetap buat Allah

ASSOYFINGER67 said...

Salam..(as a friend that i trust)
kebetulan....makwe(1st love aku tadi message kat fb...baru agak2 pkl 1030mlm tadi setelah 1986-2010 tak jumpa...macammana yea...nak add ke tidak...luka lama dah berdarh nie...makin kuat ler aku makan

fat said...

cnta prtama mmg perit. tp kdg2 trkenang gak. yerla..cnta tue la wt sy knal dunia prcntaan yg sbnar

haha. ayat mmg poyos

Unknown said...

recomment: xdak2..ha3

snow white said...

@CikGadis Sebenarnya cintaa pertama mengajar kita segala-galanya..kan?? :-(

nuriz said...

cinta pertama saya..masa tadika ahahah!!

Padin said...

[waa ni kali kedua aku try komen ni, td aku tulis pepanjang ilang plak]

da basi ke belom topik nih? aku baru de kesempatan nak komen ni snow ekeke..

cinta pertama?
umm masa tu taktau la kategori cinta jenis apa
tapi mase tu aku form 4 la

bila abes sekolah kitorang break, pasal mengejar cita2 dan kerjaya lagaknye.. [sedih jap]

ekekek.. tp sekarang, da 7 thn berlalu, masing2 ada kerjaya dah, jauh di sudut ati aku, masih terpendam ~ nak cuba semula la ekekeke

ape pendapat snow?

Padin said...

@Faheem Jr hahaha aku pon da tulis pepanjang lupa plak komen asal kikkkik

ASSOYFINGER67 said...

@padin
cinte pertama bukan awek pertama tau....cinta pertama adalah org yang kao sayang dan setiap sentuhan mempunyai kenangan mendalam...bila berpisah rasa bumi nak peacah...nonggeng bertahun2...itu baru cinte pertame...kesannya sampai bila2...tapi kao kena kuat,,,paling mudah cari awek baru cepat2

Padin said...

ehehe dah tu betol la tu.. budak tu kategori cinta pertama aku la, then bila dapat contact semula, rasa nak terbang tinggi je.. tp sekarang ni takot nak terbang tinggi, takot terlanggar bangunan pencakar langit, jet pejuang berkeliaran.. sudahnye, buat special entri je ekeke

Milofloat said...

ade pengalaman lg stakat nii..hehe

admin said...

suka topik ni. cinta pertama el, ialah cinta terkini el. hhee :P

snow white said...

@padin assoyfinger dah tlg jawap bagi pihak snow white.. thanks..

snow white said...

@ellenyna wah..tahniah. jagalah elok2 ek...bila kita kehilangannya..bertahun2 sakit. hehe

Post a Comment