Showing posts with label Kongsi Cita-Cita Korang Masa Sekolah. Show all posts
Showing posts with label Kongsi Cita-Cita Korang Masa Sekolah. Show all posts

Kongsi Cita-Cita Korang Masa Sekolah

Kali nie Snow White nak kongsi cerita tentang cita-cita.. Aku tahu semua orang pasti ada cita-cita, kan??? Bagi aku..dari aku mula-mula sekolah lagi , pasti ada yang bertanya  " bila besar nanti kamu nak jadi apa". hehehe.. tau jawapan aku apa..'saya nak jadi cikgu..cikgu". Majoritinya semua kawan-kawan aku jawap nak jadi cikgu.. best sangat ke jadi cikgu??? Kalau ada cikgu yang baca entri nie tolong jawap sikit.. bila aku dah besar, aku dengar jadi cikgu nie mulia kerjanya..sebab, kerjanya mendidik anak bangsa supaya menjadi 'orang'..kalau yang tak jadi 'orang' tu mesti tak dengar cakap cikgu..heheheh...kerana cikgu lah Datuk Najib menjadi Perdana Menteri sekarang.. betol tak???

Aku masih ingat lagi masa aku darjah 6. Cikgu suruh buat karangan tentang cita-cita. Sebelum buat karangan cikgu tanya sorang-sorang cita-cita kita orang bila dah besar nanti...tapi jawapan aku masa tu "saya nak jadi doktor..cikgu".. aaiikk..dah berubah dah. Tadi kata nak jadi cikgu..hehehe, itu masa aku tadika la. Sekarang dah darjah 6..naik pangkat sikit. Nak jadi doktor sebab bila ma dan abah sakit boleh la aku rawat sendiri.. tak payah susah-susah beratur ambik nombor bila nak jumpa doktor... hehehe..ok tak alasan aku tu??

Bila dah naik tingkatan 5. sekali la cikgu tanya tentang cita-cita.. alamak, cita-cita sebenar aku apa ek... ok lah jawapan aku bila cikgu tanya "saya nak jadi Pramugari..cikgu"...satu kelas gelakkan aku.. apa,tak sesuai ke?? Aku cukup tinggi apa...Berat badan pun cukup sesuai..rupa pun ada (perasan la pulak)..hehehe, cuma yang tak cukup pun bahasa aku..aku tak pakar sangat bab speking nie... huhuhu, tipis la harapan aku tu. tapi tak pa Bahasa Inggeris aku boleh belajar kan..

Bila dah tamat belajar..korang tahu aku minta apa...sekali lagi berubah fikiran.. aku mintak nak jadi Peguam.. hahahaha..kelakar kan.. Jadi loyer buruk boleh la.. Sekarang aku kerja kat salah sebuah Universiti belah utara. Apa pun aku bahagia dengan kerja ku sekarang... So, sekarang banyak cita-cita ku berkubur tanpa nisannya.. hehehe.

Jom kongsi cita-cita korang di masa sekolah dulu... hehehe..mesti best kan..dan dalam fikiran mesti terbayang wajah-wajah cikgu kita..dan kawan-kawan lama kita. Hati berkata.."bestnya kalau masa boleh diundurkan kembali..."