Yang Cantik, Yang Besar dan Yang Bergaya...

Jika anda memandu di belakang kereta besar seperti ini anda akan lebih berhati-hati. Jika dibelakang anda kereta mewah, anda berasa geli dan cepat-cepat ketepi untuk memberi laluan kepadanya. Jika dilebuh raya, anda akan kelam kabut apabila kereta mewah dibelakang anda menyalakan lampu sedangkan anda masih terkial-kial memotong kereta di sebelah kiri sebelum dapat ketepi. Ataupun kereta itu dipandu laju seolah-olah akan menghentam kereta anda dari belakang. Betol tak???

Sedaya mungkin anda akan cuba memberi laluan kepada kereta-kereta besar lagi mewah ini, "Patutlah, sebab kereta tu mahal sepuluh kali ganda daripada kereta aku ni. Dia tentu orang penting dan nak cepat. Kalau 'bercium' dan aku yang salah, tak terbayar nanti".

Kerana itu anda selalu mengalah. Dan tatkala anda mengalah mungkin anda menyangka alangkah nikmatnya memandu kereta seperti itu. Tidak takut dengan speed trap, kerana sentiasa mampu membayar saman; boleh sentiasa melalui lorong laju dan semua kereta akan ketepi; boleh bermain lampu seolah-olah memarahi pemandu lain dan pemandu lain merasakan 'patut' dimarahi.

Apabila kita memandu kereta besar, kita merasakan lain macam terutama apabila semua kenderaan ke tepi bila kita berada di belakang, padahal kita bukan hendak laju atau hendak memotong, sekadar suka mengekor bontot orang.. hehehe

Apabila kita memasuki mana-mana premis yang dikawal oleh pengawal keselamatan, penghormatan mereka jauh lebih tinggi berbanding jika kiat memandu kereta yg lebih kecil. Begitu juga bila kita cuba parking di hadapan hotel, kerata besar dan mewah biasanya tidak akan menghadapi apa-apa masalah, tapi kereta kecil......., padahal pemandunya orang yang sama, cuma bertukar kenderaan saja.. 

Aneh sungguh, penghormatan manusia boleh berubah hanya berpandukan kenderaan apa yang dipandunya. Sesungguhnya tidak adil sama sekali kerana sesetengah orang memang keretanya besar tapi hutangnya juga besar, sedangkan ada orang yang keretanya biasa saja tapi tak pernah tak cukup duit dan tak pernah berhutang. Situasi kedua-duanya hampir sama tetapi manusia lebih mudah terpukau oleh BESAR, CANTIK, BERGAYA.... Kenapa ek???

16 comments:

zilajaizone said...

dh jd trend mnusia skang la dik...klau nmpak kita ni sengkek..cnfrm diorg pdg sblh mata..xkenal pn xper..tapi bla kita bergaya n brharta, klau blh mata yg dua nk dtmbah jd tiga tuk pndg kita betul2...cnfrm ngaku dia kenal sgt ngn kita...huhuhu

snow white said...

betol2....klu kita bergaya, tetiba jer ada yang muncul mengaku adik beradik or waris..kan3.. heran sungguh..

Zikr the Jalanan Sepi Perantau said...

erm sederhana je ok .... :-)

NICK IRFAN said...

mcm mne nk komen ek? entry akak ni mcm2 cerita ada x thu nk cakap ape? ape2pun bersyukur ape yg ade.. hehe

snow white said...

hehehe..komen la apa yang patut.. tp yang pastinya semua org nak bergaya..

LaNuNsepet said...

em2.. mmg gtu.. pak gad kat u aku kalu kete bese dier tahan.. kalu keter mahal.. berdiri betul dier..
padahal student jar..
xpalah.. mmg betul kete mahal, org dalammnya selalunyar org berjawatan.. dah mmg gtu.. ngalah ja lah.. kang papehal.. duit dier byk.. kiter apa ada?

ha3..

jom mengomen..

snow white said...

lanun mcm jauh hati jer.. tp apa yang ko cakap tu memang betul.. lanun duk u mn ek..??

myfundarkside said...

Kaya tak kaya, berbelanja biarlah ikut kemampuan.

snow white said...

betul tu...mcm org kata.. biarlah sederhana. kan3...

zulkbo said...

salam..
biasa dah semua pun mata duitan
ada wang semua jadi..tak de wang gigit jari jer lah..he he

snow white said...

alamak..smpai gigit jari la pulak.. hehehe..itu dah sengkek sngt tu.. apapun jng meterialistik...

don juan said...

tak juga.. hari tu saya follow abang.. kereta dia wira je.. tapi modified masuk engine evo3 turbo. Sekali ada mitsubishi evo7overtake abang aku.

Sekali Abang aku tekan minyak.. potong balik kereta tu.. tak tekejar dia.. abang aku dah buang cut off kereta dia.. jadi memang dia boleh memecut laju..

last sekali jumpa dekat r n r sungai perak, brader tu singgah dan tegur abang aku.. siap tanya pakai enjin apa.. kelakar pulak kenangkan saat tu.. hehehe

** a i l y ** said...

lumrah hidup dunia ni mmg tak pnh adil, yg kaya yg berpangkat yg berharta selalu di pndang tinggi. sungguh tak adil betul.

snow white said...

betul cakap kamu tu aily... memang tak adil kan!!! kita pulak yg rasa geram..geram bukan kerana dengki, tp kerana diaorg sombong.!!!

ASSOYFINGER67 said...

Salam..Thanks...u r goodlooking girl...My 1st lady walaupun u dah banyak fllower tapi tak sombong...semuga maju jaya.Blog yg cantik...mantop!

snow white said...

Thanks Assoyfinger67... nanti dtg la lg ek..

Post a Comment