KeLi Punya Cerita..

Assalamualaikum u all. Sebagai panduan kepada kita semua,semoga dilindungi allah selalu.. Siapa peminat ikan keli, baik-baik makan ikan keli tu…..he..he…Snow White sekadar ingin berkongsi walaupun Snow White tak makan ikan keli...

Perbezaan ikan keli memakan bahan haram dan halal

Haram ( Ikan yang diternak orang bukan Melayu diberi makan perut ayam, bahan buangan, bangkai dan organ dalaman babi. Semua benda itu tidak halal untuk umat Islam):
· Kepala berbentuk ‘V’
· Bentuk badan mirip torpedo
· Badan berwarna hitam berkilat
· Bahagian bawah badan berwarna putih melepak
· Bahagian antara bawah kepala dan badan berwarna kuning
· Apabila digoreng akan meletup kerana banyak lemak

Halal ( diberi makan palet halal iaitu campuran beras hancur, tepung ikan, kepala ikan bilis, minyak sawit, bahan buangan kelapa sawit, kiambang dan vitamin)
· Kepala berbentuk ‘U’
· Bentuk badan tirus
· Berwarna hitam kelabu dan tidak berkilat
· Bahagian bawah badan berwarna putih kelabu
· Tiada warna kuning kelihatan di bahagian antara bawah kepala dan badan
· Digoreng tidak meletup !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

13 comments:

Rina Azam said...

eh.. sama mcm entry d blog Keli Oh Keli http://kelipenang-aquamutiara.blogspot.com/2010/04/tips-mengenali-ikan-keli-yang-halal.html

anyway...nice entry... banyak bagi info kan... sekurang2nya dpt jgk kita pilih sblm beli..

snow white said...
This comment has been removed by the author.
snow white said...

@Nasrina ya ke...SW hanya sekadar ingin berkongsi info bagi yang belum tahu pasal Keli nie..hehehe :-)

Rina Azam said...

tak apa sis.. menyebarkan benda baik tak ada salahnya..gpun info best..!!

hentakbelipat said...

ohhh...baru tau ada jenis plak yg halal ke tak..pehhh

snow white said...

@Nasrina hehehe..tq. nasrina makan ke ikan keli?? :-)

snow white said...

@hentakbelipat yap..SW pun baru jer tahu.. nasib baik la SW tak makan keli..hehe :-)

zulkbo said...

salam..
setakat ini saya
hanya memakan ikan
keli yang di bela
sendiri..he he

fiqkbe said...

ikan keli bentuk v? cmne?

snow white said...

@zulkbo BAGUS2..yang tu lagi selamat kan..hehehe :-)

snow white said...

@fiq entah laa...SW pun tak pasti.. asal V jer jngan mkn tau..hahaha :-)

AngahSayang2314 said...

snow thanks for info ye.. angah sendiri tak berapa arif sangat..tapi yg pasti angah kurag gemar sangat makan ikan keli nie....

AzianKhalil said...

bagus sekali infonya...

Post a Comment