Carilah Teman Sebagai Cermin Diri



Selain cermin mati di rumah kita, kita perlukan cermin hidup utk melihat wajah kita, utk melihat siapa kita, utk menilai siapa kita. Cermin hidup ialah insan yg kita yakini, yang boleh memberikan jawapan dan gambaran siapa kita, apa kita, bagaimana kita di khalayak sebenarnya.

Cermin mati hanya mampu memberikan gambaran wajah kita yg sebenar. Kalau kita ada tahi lalat, cermin mati akan menunjukkan kita ada tahi lalat itu, tapi kalau ada sifat buruk disebalik wajah yang cantik ataupun yang handsome itu, bolehkah cermin mati beritahu kita? Jawapannya tidak.

Sebab itu kita perlukan cermin hidup, iaitu seorang yang boleh membicarakan tentang kita, perangai kita, sifat buruk kita, tindakan-tindakan bodoh atau sifat terburu-buru kita, sifat panas baran kita, kaki mencerca kita, kaki mengumpat kita dan macam-macam lagi.

Kita perlukan seseorang yang selesa membicarakan hal kita kepada diri kita sendiri, tanpa ragu-ragu, tanpa takut-takut, tanpa was-was bahawa kita akan menolak dia. Maknanya cermin hidup kita ini seorang yang jujur, baik, berhemah, tapi tidak begitu rapat dengan kita, namun kita yakin dia boleh memberikan pendapatnya kepada kita tentang diri kita.
So….fikir-fikirkanlah. Betol tak????

SuRAt UnTuK BeRpOLiGaMi


Kepada semua kaum bapak-bapak yang ada hati nak
tambah kuota 2 , 3 or 4 boleh la rujuk surat rasmi nie ek....ada berani???
hehehe..siap buat surat lagi... bolehkah kaum hawa menerimanya??
aku rasa tak..yg akan korang terima penampar free jer...hahaha

Suami bin Lelaki
17, Jalan Angkasa,
24300, Kemaman
Terengganu.


Isteri binti Perempuan
17, Jalan Angkasa,
24300, Kemaman
Terengganu.

31 April 2006

Puan,

PERKARA : PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI

Perkara di atas adalah di rujuk.

2. Sebab utama permohonan ini di lakukan adalah kerana saya ingin melengkapkan kuota yang telah di peruntukkan bagi saya. Buat masa ini kuota yang telah di isi cuma satu, memandangkan masih ada 3 kekosongan, eloklah jika dapat di penuhi secepat mungkin. Pihak yang akan mengisi satu kekosongan ini buat masa ini ialah Cik Erisya binti Husin yang merupakan setiausaha saya di pejabat. Memandangkan komitmen yang beliau tunjukkan di pejabat amat baik, eloklah jika kita masukkan dia bersama kita di dalam organisasi keluarga kita. Kekosongan yang selebihnya akan di isi di masa akan datang.

3. Untuk makluman pihak puan, yang sebenarnya masalah ini telah lama saya fikirkan tetapi memandangkan poket saya yang selalu nipis, terpaksalah saya tangguhkan dulu permohonan ini di samping kurangnye rasa keyakinan untuk mengemukakan permohonan ini. Kini, setelah saya dapat mengeluarkan kesemua duit pelaburan ASB saya, saya merasakan kembalinya semangat saya yang telah hilang selama ini.

4. Permohonan ini amat setimpal kerana dengan kedudukan sekarang ia menguntungkan kedua belah pihak dan juga pihak ketiga. Selama ini hidup kita bahagia sebab jika tidak, manakan mungkin puan dapat menjadi seperti sekarang. Semua yang puan miliki sudah bertambah besar. Kereta besar, rumah besar, rantai besar dan pakaian besar. Jika dulu potongan puan seperti gitar, kini sudah bertukar menjadi drum. Oleh itu, sudilah kiranya dapat kita kongsi bersama insan lain kebahagiaan kita ini.

5. Pihak puan juga dapat menikmati faedah dari kelulusan permohonan ini kerana puan akan tetap menikmati apa yang telah puan miliki sekarang dengan waktu bekerja lebih singkat dan sistem syif akan di perkenalkan iaitu 1 hari kerja dan 1 hari cuti rehat. Waktu bekerja yang selebihnya akan ditampung oleh pihak ketiga. Kebaikan yang puan akan nikmati ialah waktu rehat yang bebas kerana dalam waktu puan bercuti, saya selaku Penyelia tidak akan memantau aktiviti yang puan lakukan. Pada waktu itu saya cuma akan fokus kepada hasil kerja pihak ketiga. Menguntungkan bukan?

6. Segala kerjasama dari pihak puan saya dahulukan dengan ribuan terima kasih. Saya amat berharap pihak puan dapat meluluskan permohonan saya ini kerana adalah lebih baik jika kita dapat berkongsi kebahagiaan kita ini bersama insan lain. Saya harap permohonan saya ini di balas dengan senyuman penuh keikhlasan dari pihak puan dan tandatangan puan di atas kertas yang saya lampirkan bukannya balingan periuk nasi, pinggan-mangkuk, ketukan senduk dan perkara-perkara yang menyukarkan pihak puan untuk melakukannya.

7. Saya harap puan sudi meluluskan permohonan ini. Hadirkanlah senyumanmu sebagaimana ketika kita menyambut orang baru iaitu bayi kita kedalam keluarga kita 10 tahun lepas. Situasinya lebih kurang sama dengan masa kini. Kita akan menerima orang baru juga cuma bezanya ialah jika 10 tahun yang lepas kita perlu menjaga dan membelainya dengan manja bersama tetapi kali ini, setiap urusan penjagaan dan belaian manja akan di laksanakan oleh saya sepenuhnya.

8. Akhir kata, saya harap permohonan saya ini dapat dibalas secepat mungkin. Semoga kita bersama-bersama dengan pihak ketiga akan dapat melaksanakan program ini dengan jayanya.

Sekian, Terima Kasih.

"BERKORBAN DAN BERKONGSI KEBAHAGIAAN LAMBANG RUMAHTANGGA BAHAGIA"

Yang Ikhlas Memohon,
Suami bin Lelaki

Kisah Suami..Isteri..Dan..Cermin

Kisah nie dipetik dr mn ek...tak kisah la..huhuhu. bila baca kisah nie aku gelak sorang2...nape punya bangap la... cermin pun tak kenal.  kalau tak caya cuba korang baca..  Jika sesiapa yg pernah terbaca ke...terdengar ke..atau pun pernah alami sendiri...hehehe,....sila abaikan..

Ini kisah pasal sepasang suami dan isteri orang asli yang tinggal di dalam hutan. Rumah dorang ni dibina di atas pokok... 2 tingkat lagi tu. Si suami kerja nya mencari makanan di hutan, sama ada dengan pergi berburu ataupun memetik buah-buah hutan. Si isteri pula tinggal mengemas dirumah.  Suatu hari, Si suami pergi mencari makanan dihutan. Sedang mencari-cari. . tiba-tiba dia terjumpa cermin. Dia pon bawak balik cermin tu dan disimpankan cermin tersebut di tingkat atas rumahnya tanpa pengetahun isterinya.  Setiap hari sebelum pergi keluar mencari makanan, dia akan masuk ke bilik dan melihat cerminnya. Sehinggalah satu hari, si isteri naik pelik melihat telatah suaminya tu.. Maka disiasatlah bilik yang selalu dimasuki oleh suaminya.. bimbang-bimbang kalau suaminya menyimpan perempuan lain di bilik tersebut tanpa pengetahuannya. .  Dan punyalah terkejut beruk.. dia masuk je bilik tu.. di ternampak cermin suaminya. Oleh kerana si isteri ni taktau cermin tu apa.. so, dia ingat orang dalam cermin tu memang perempuan simpanan suaminya.  Apa lagi.. habis berlari dan meraung menangisla dia cari mak nya..  Lepas berjumpa dengan maknya.. mak dia cakap nak lihat sendiri perempuan yang kononnya disembunyikan oleh suaminya tu..  Lalu maknya pon masuk ke bilik tersebut.  Kemudian keluar dari bilik tersebut sambil ketawa terbahak-bahak. 
Isteri: Apsal mak ketawa?.. Mak: Apa teruk benor selere suami ko tu.. kalau ye pon nak kawin lain.. carik la perempuan yang elok sikit.. Ini tak.. aku tengok perempuan kat bilik tu.. dah la tua.. hodoh pulak tu..

Tips Memikat Lelaki Pujaan Hati


    
      Penampilan. Penampilan memang penting, tapi bukan yang utama. Suka atau tidak suka, penampilan fisik merupakan hal pertama dalam hal menarik perhatian kaum lelaki, baik melalui kulit putih bersih Anda, rambut modis terawat, tubuh semampai ataupun pakaian yang anda gunakan. Apabila anda sudah memiliki potensi fisik tersebut, maka anda hanya perlu ‘menjaga’ kesan tersebut, melalui perilaku positif lainnya. Namun bagi ada yang merasa masih memiliki kekurangan dalam hal penampilan fisik, gali potensi diri anda yang lain.

Gali Potensi Diri. Penampilan fisik memang penting, tapi bukan yang utama. Sebagian kaumlelaki memang mengagungkan penampilan fisik, namun sebagian yang lain lebih memandang ‘inner beauty’ sebagai hal utama. Inner beauty dapat digali melalui gaya bicara anda, gaya hidup positif anda, sikap prilaku anda ataupun cara pandang anda terhadap suatu masalah. Dengan inner beauty teresbut, anda akan dinilai melalui sebuah proses, bukan kesan ‘first sight’ seperti halnya pada penampilan fisik.



Pelajari Kesenangan dan Aktifitas Cowok Idaman Anda. Untuk sebagian wanita timur mengambil inisiatif awal, belum begitu familiar. Untuk itu, cara lain yang dapat ditempuh adalah memperbanyak peluang dan membiarkan anda menjadi anda sebagai ’sasaran tembak’ lelakiidaman anda. Pelajari kesenangan atau aktifitas lelaki idaman anda, dana kemudian libatkan anda di dalamnya, sehingga memperbesar peluang anda untuk sekedar bertemu atau bahkan berbicara dengannya. Misalnya si dia hobi dalam biking, bidang fotografi atau jurnalistik, maka tidak ada salahnya anda bergabung dengan komunitas tersebut. Ingat pepatah jawa, “witing tresno jalaran soko kulino” yang artinya “perasaan cinta dapat muncul karena kebiasaan”.

4.    Pura-pura Membutuhkan Bantuan. Anda telah melibatkan diri anda, namun frekuensi bertemu tidak sepadan dengan frekuensi bicara, maka anda harus segera melakukan beberapa usaha tambahan yang elegan, misalnya dengan berpura-pura menayakan hal-hal, yang anda yakin si dia bisa menjawabnya. Selain si dia bisa merasa dihargai, anda sekaligus bisa ‘mengenalkan’ inner beaty anda kepadanya, melalui diskusi dan obrolan ringan tersebut. Ingat pepatah “Tak kenal, Maka Tak Sayang” yang artinya “Bagaimana bisa tumbuh perasaan sayang, jika kenal saja tidak pernah”.

Ramah. Bersikaplah ramah tidak hanya kepada si dia, namun juga teman-teman dekatnya. Karena adakalanya kaum lelaki sering meminta pertimbangan pada teman-teman dekatnya tentang suatu masalah, termasuk masalah pribadinya. Kesan baik yang diterima teman-teman dekat si dia, akan berkesan baik pula buat si dia.

6.    Berikan perhatian-perhatian kecil. Apabila hubungan anda dan si dia sudah terjalin dengan baik, tidak ada salahnya anda mengirimkan SMS (short message service) sapaan atau mungkin MMS (multimedia message service) yang memuat foto anda yang sedang menyapa “Hai, sudah maem belum nih?”, Berikan kado-kado sederhana di hari spesialnya. Kaum lelaki, biasanya respect jika mendapatkan kado kejutan ringan, dari teman wanita dekatnya (ingat anda belum menjadi kekesihnya), yang bisa berupa DVD film kesukaannya, Kacamata Rayben dan sejenisnya.

Jinak-Jinak Merpati. Cara ini sebenarnya tergolong konservatif namun masih terbukti manjur. Anda bisa gunakan cara ini ketika berpapasan di lingkungan kerja/kampus, misalnya dengan Senyum Malu-Malu. Biasanya si dia akan penasaran, kenapa anda tidak menyapanya, padahal anda sudah kenal si dia dengan dekat. Atau apabila anda sering mengirimkan sms atau telepon beberapa kali dalam sehari, cobalah untuk tidak menghubunginya selama 1 haru atau bahkan extremnya matikan HP anda selama 1 hari terbut. Lihat lebih jauh reaksinya. Sebagian lelaki akan merasa lebih penasaran terhadap anda, untuk selanjutnya akan lebih intensif melakukan pendekatan kepada anda.

8.    Buat Iklim kondusif. Iklim kondusif yang dimaksud disini adalah Keluarga. Siapkan segala sesuatu di rumah anda sehingga si dia merasa nyaman. Karena sebagian lelaki memasukkan poin ini sebagai bagian penilaian terhadap diri anda. Maka tak jarang hubungan serius yang hampir terjalin, hilang begitu saja karena si dia tidak merasa nyaman denngan lingkungan keluarga anda

 Interospeksi. Setelah langkah-langkah tersebut anda lakukan, namun belum jua berhasil, perlu anda melakukan introspeksi diri. Pelajari diri Anda lebih dalam, cari potensi-potensi lain yang dapat dipergunakan. Satu hal yang pasti bahwa perasaan tidak dapat dipaksaakan, adakalanya anda justru telah memiliki segalanya namun si dia masih tidak mau berpaling kepada anda. Jangan nerkecil hati, karena berupaya adalah milik manusia, sedangkan keputusan milik Tuhan.


TaWa iTu SiHaT

Kenapa nak sedih dan susah hati memanjang jer sedangkan kita boleh tersenyum...ketawa? Senyumlah..ketawalah...walaupun kdg kita senyum dan tawa dalam tangisan. Senyumlah..dan ketawalah....kerana sesungguhnya senyum dan tawa tu pengubat luka!!

Cuba masa kita bangun pagi tu kita g ngadap cermin. Tgk rupa wajah kita dlm cermin tu....dan lontarkan senyuman kita kat diri kita sendiri dan kata ari ni aku tak mahu sedih2..aku nak senyum..aku nak gembira!! Insyallah aritu kita akan rasa gembira!!

Dlm hal yg berkaitan..cuba duduk depan cermin, tersenyum, kemudian tersenyum lebar. Lakukan sampai anda dapat ketawa dgn sendirinya. Sgt baik kalau anda dapat ketawa sekali gus menangis. Semua yg anda rasakan , dapat ditumpahkan sepenuhnya!! 

Buntu...

Kalau kita......
terasa hati....
geram...
marah...
apa kita akan buat???
adakah kita akan luahkan segala yang terbuku???
atau biarkan  hati kita terus sakit...
ermmmm....
sekarang situasi aku....
luah salah...
tak luah pun salah...
aku betol2 tak faham..
sekarang aku jugak yang salah...
adil ker???

Yang Cantik, Yang Besar dan Yang Bergaya...

Jika anda memandu di belakang kereta besar seperti ini anda akan lebih berhati-hati. Jika dibelakang anda kereta mewah, anda berasa geli dan cepat-cepat ketepi untuk memberi laluan kepadanya. Jika dilebuh raya, anda akan kelam kabut apabila kereta mewah dibelakang anda menyalakan lampu sedangkan anda masih terkial-kial memotong kereta di sebelah kiri sebelum dapat ketepi. Ataupun kereta itu dipandu laju seolah-olah akan menghentam kereta anda dari belakang. Betol tak???

Sedaya mungkin anda akan cuba memberi laluan kepada kereta-kereta besar lagi mewah ini, "Patutlah, sebab kereta tu mahal sepuluh kali ganda daripada kereta aku ni. Dia tentu orang penting dan nak cepat. Kalau 'bercium' dan aku yang salah, tak terbayar nanti".

Kerana itu anda selalu mengalah. Dan tatkala anda mengalah mungkin anda menyangka alangkah nikmatnya memandu kereta seperti itu. Tidak takut dengan speed trap, kerana sentiasa mampu membayar saman; boleh sentiasa melalui lorong laju dan semua kereta akan ketepi; boleh bermain lampu seolah-olah memarahi pemandu lain dan pemandu lain merasakan 'patut' dimarahi.

Apabila kita memandu kereta besar, kita merasakan lain macam terutama apabila semua kenderaan ke tepi bila kita berada di belakang, padahal kita bukan hendak laju atau hendak memotong, sekadar suka mengekor bontot orang.. hehehe

Apabila kita memasuki mana-mana premis yang dikawal oleh pengawal keselamatan, penghormatan mereka jauh lebih tinggi berbanding jika kiat memandu kereta yg lebih kecil. Begitu juga bila kita cuba parking di hadapan hotel, kerata besar dan mewah biasanya tidak akan menghadapi apa-apa masalah, tapi kereta kecil......., padahal pemandunya orang yang sama, cuma bertukar kenderaan saja.. 

Aneh sungguh, penghormatan manusia boleh berubah hanya berpandukan kenderaan apa yang dipandunya. Sesungguhnya tidak adil sama sekali kerana sesetengah orang memang keretanya besar tapi hutangnya juga besar, sedangkan ada orang yang keretanya biasa saja tapi tak pernah tak cukup duit dan tak pernah berhutang. Situasi kedua-duanya hampir sama tetapi manusia lebih mudah terpukau oleh BESAR, CANTIK, BERGAYA.... Kenapa ek???

Aku Kena Tag Oleh Matdin

First time aku kena tag...itupun dari matdin..  aku sebenarnya bukannya rajin sngat... eh2..silap.. aku sebenarnya sibuk sangat bulan nie..
yalah kena uruskan student nak exam... 
kena p hantar kertas soalan dari dewan ke dewan..tapi tak palah..aku luangkan sikit masa aku utk jawap tag dr matdin nie.....hehehe
1. Go to your photo files, select the 8th photo folder.
2. Select the 8th photo in that folder.
3. Post that photo along with the story behind it.
4. Then challenge 8 blogging friend to do the same.
Selongkar punya selongkar...pic tu masih x jumpa2 lg.. al maklumlah dlm laptop aku ni pic bukannya banyak sangat...biasa la..aku hnya pakai laptop hp mini (pink) jer..mana la boleh simpan pic banyak2..nanti berat. itu yg orang selalu cakap....hehehe. yg ada dalam laptop aku ni hanya pic aku jer...jap tak abis lg ni aku selongkar..sikit je lg...hehehe... hah..jumpa pun.. tu pun 3 jer..tak pa kan... jeng3....
Kereta kesayangan ku..hehehe.. kereta ni baru 2 tahun aku beli.. punya exited nak beli, kerja 3 bulan aku dah bawa keluar kereta.. ramai la jugak yang jeles..hehehe, ada aku kisah. masa aku booking kereta ni..yg sebenarnya aku baru nk ambik lesen.. cuba korang tngok 'P' terpampang besar di kereta ku... hehehe....skg aku dah tak pakai 'P' lg....dah bebas. ermmmm...ngan keta nie lah aku pergi kerja smpai skg..'AKU SYG DIA'.. 
Kisah pic nie....'Bukit Bendera'. Bila sebut bukit bendera, aku blh bayangkan..
betapa takutnya nak smpai ke kemuncaknya... nie lah first time aku naik ke bukit bendera.. nk boleh smpai ke ats, jenuh berdoa...harap2 kereta api tu tak turun balik....
punyalah gayat tuhan saja yg tahu.. dah la terpaksa bersesak2 dlm kereta api tu...
tmpat duduk pun terhad...kesian aku tngok org yg bw ank2 kecil.. dah la panas.... 
tu bila nk naik laa... tp bila dah smpai kat ats rasa mcm tak nk turun..syok giler... 
suasana yg nyaman n sejuk jer mata memandang...
 tp..hehehe ada tp lg.... berapa banyak tp laa.... 
tp aku berharap, nielah kali pertama dan terakhir aku naik ke bukit bendera...
klu korang nak tahu kenapa.... tnyalah pada yg tahu dan yang 
pernah naik smpai ke atas...hehehe
Sekarang kisah 'Buah Hatiku'..... untuk pengetahuan korang..
aku berblogwalking ngan hp mini nie lah.
'Dia' sentiasa bersama aku kemana saja ku pergi... 
'Dia' muncul dalam hidupku tahun lepas sempena Besday aku yang Ke-?..
apa pun thanks pada yang tersayang 'BB'... kerana bagi hadiah yang ciut miut nie...
i like pink.. aku suka sangat... hehehe, nk tanya siap2.. 
thn nie nak bagi hadiah apa pulak???? jangan mare....huhuhu


Untuk memenuhi syarat keempat, aku nak tag 8 orang yang selalu
 jenguk blog aku haha.... yang tak kena tag jangan terasa ye sebab aku main pilih je ni. Dah tak tahu sangat nak pilih ni hehe...ok dah siap..aku nk keluar hantar kertas soalan dulu..bye...cau cin cau...
padin

belladiea

ohdawie

Zilajai

Badboy

juan

daniaadam

dahlia

Jagalah Hati DiA.....

Pernahkah kamu memancing ikan? Kalau tak pernah memancing pernahkah kamu melihat orang memancing? Kalau tak pernah pun, bolehkah kamu bayangkan seseorang sedang memancing? Baiklah, katakanlah kamu menemani seseorang yang sedang asyik memancing. Tiba-tiba mata kailnya disentap oleh seekor ikan dan dia segera pemutar pemutar tali pancing. Sekali-sekala dia menghenjut-henjut jorannya supaya mata kail semakin menyangkut mulut ikan. Akhirnya, ikan itu dapat dinaikkan ke darat. Kamu lihat pemancing itu tersenyum lebar. Gembira benar hatinya. Kamu juga turut tersenyum kerana itu bermakna satu kemenangan. Kamu turut ghairah melihat pemancing itu cuba membebaskan ikan daripada mata kailnya. Tiba-tiba, setelah dia melepaskan mata kail daripada mulut ikan, dia mencampakkan kembali ikan itu ke air. Eh, apa hal? Kamu memandang pemancing itu dengan seribu tanda tanya, tapi dia bersahaja seolah-olah tindakannya itu tidak menimbulkan sebarang persoalan.
Kamu rasa apakah yang akan dideritai oleh ikan itu? Bolehkan ia menyambung hidup dengan mulutnya yang terluka atau mungkin juga isi perutnya yang telah robek? Sudah tentu ia akan mengalami kesakitan sebelum akhirnya mati.Dengan mulut yang koyak dan perut yang robek, dia tentu tidak dapat mencari makanan,untuk berenang pun mungkin dia tidak mampu. Dia mungkin disisihkan oleh kawan-kawan kerana sudah tidak boleh aktif lagi. Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang, setelah dia mula menyayangi kamu hendaklah kamu menjaga hatinya. Jangan
sesekali terus meninggalkannya begitu sahaja kerana dia akan terluka oleh kenangan bersama kamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingati kamu. Sebab itu apabila kamu merelakan hati kamu untuk bercinta, seriuslah dalam tindakan dan keputusan kamu itu, sebab jika kamu hanya main-main, akan ada pihak yang menangis.

Tentu kamu dapat bayangkan betapa sakit dan menderitanya ikan menjalani hidupnya setelah dilemparkan kembali ke air. Begitulah, alangkah sakitnya hidup bersama hati yang robek kerana mengingati seseorang. Cinta adalah fitrah manusia. ALLAH menjadikan cinta untuk memberi keseronokkan kepada hamba-hamba- Nya menjalani hidup mereka, tapi tahukah kamu lebih ramai orang yang menderita kerana cinta daripada yang berbahagia kerana cinta. Kenapa jadi begitu? Jika kamu sedang bercinta atau pun akan bercinta suatu hari nanti,peliharalah hatinya dan rencahilah cinta kamu dengan kejujuran,kesucian dan keikhlasan serta dasarkan cinta kamu kerana ALLAH. Hanya cinta
yang begini akan kekal, selainnya pasti menempuh jalan berliku dan akhirnya menumpahkan air mata
kesedihan. Maka itu, jika kamu belum bersedia untuk berlaku jujur janganlah bercinta dulu. Jika kamu belum bersedia untuk setia janganlah cuba-cuba memberikan hati kepada orang lain. Sebab perbuatan yang sebegini akan hanya menghabiskan masa, membazirkan airmata dan perbuatan kamu itu akan
memulakan satu derita… Ingatlah, kita adalah apa yang kita usahakan…. Jangan sesekali memberikan harapan kepada orang lain,yang mana kita sendiri pun tidak pasti akan kesudahannya. .. Jika hari ini
kita melukakan seseorang, suatu hari nanti kita pula akan dilukai seperti mana kita pernah melukakan dahulu…. Sesungguhnya setiap perbuatan itu akan ada balasannya.. .
Renungkanlah. …

DoRaEmOn AnD tHe GeNg....

Yap...
Kalaulah hidup ini macam cerita Doraemon....
Mesti senang kan kerja kita hari2...
Bukan setakat kerja..hidup kita pun senang..kan3..
Masa kecik2 dulu..
Aku suka sngat tengok citer nie..
Kekadang mai terfikir jugak di kepala aku nie...
Kalaulah aku ada 'Doraemon' mcm Nobita..kan best..
Macam-macam aku boleh buat...
Mintak jer apa saja yang ada dalam poketnya...
Kan best kalau aku jadi Nobita..
sb ada Doraemon yg membantu...
Best jugak jadi sizuka...
sb comel n jadi rebutan ramai...
Best jugak jadi gian..
sb boleh buli org...hehehe
Kalau lah di beri peluang...
Korang nak pegang watak apa dlm cerita nie????
Dan kenapa korang nak sangat watak tu????
Cuba citer sikit...
hehehehe........

Achik Spin Meninggal Dunia

 

Hangat sekarang blogger semua cerita pasal achik spin yang popular dengan lagu boal-bola api duet dengan siti nordiana tu meninggal dunia. Ya berita ni betul dan telah di sahkan menurut utusan online.

"SEREMBAN 17 April – Artis terkenal yang juga vokalis kumpulan Spin, Abdillah Murad Md. Shari atau lebih dikenali sebagai Achik Spin, 28, meninggal dunia dalam satu kemalangan ngeri di KM 14 Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn. Bhd. (Lekas) dekat sini petang ini. Allahyarham, yang berada di dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) yang terbabas dan terbakar, meninggal dunia di tempat kejadian.Pada masa ini, polis dan anggota bomba masih lagi berada di lokasi nahas dan difahamkan mayat Allahyarham akan dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar di sini malam ini. Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Supritendan Polis (ASP) Abd. Halil Abd. Hamzah mengesahkan kejadian tersebut. – Utusan "

Al-fatihah untuk arwah. Takziah kepada keluarga achik spin terutama isteri dan anaknya yang masih kecil tu. Semoga tabah hadapi hari muka.

HiLaNgKaN tEnSiOn....

Untuk hilangkan tension...Jom kita pergi main Bowling...
Time ni hari bekerja... tp waktu rehat ek..kami pergi main..
kami tak curi tulang tau...hehehe


aku yang tengah tunggu giliran..


kEnApA aKu pErLu RaSa mArAh.???


Kenapa ek..???
Sejak kebelakangan nie aku asyik nak marah jer...
Ada saja benda yg boleh mendatangkan marah aku nie....
Dan ada jugak orang yang suka buat aku marah..
aarrrrggghhh... geramnya aku....
Kenapa mereka dan keluarga mereka suka menyusahkan aku....
Kalaulah aku boleh maki hamun depan muka ko....
Legalah hati aku nie...tp tak boleh..
Disebabkan hormatlah aku maki hamun dalam hati jer...
Bedosa tak aku????? maki2 org..tp dlm hati laa...
Disebabkan terlalu nak marah...
aku rasa macam nk nangis pun ada...
aaahhhhh...jiwa kacau betol...
sapa yang boleh tolong akuuu...????
tension betol2 tesion.....
aku pasti BB pun tension jugak....
mula2 aku yang sabarkan dia...
last2 aku yang tak sabar....
Sabar SW..... sabar...
Sabar tu kan separuh daripada IMAN..

MeNcAri 7 OrAnG KeRdiL...

Entry kali nie special sikit... 
Bukan apa...Snow White tengah mencari rakan2 nya kembali..
Tanpa 7 orang kerdil....
Maka tak lengkaplah hidup SW...Betul tak?? 
Kekadang aku tertanya2 jugak..
Ada ke org kerdil???
Klu ada sudikah dia menjadi kwn2 aku..???
hehehe..'KERDIL'.. mcm tak best jer dengar...
'RENDAH' lg best didengar...
Kepada sesiapa yg rendah jng terasa ek...
memang pun aku sedang mencari orang2 yang rendah..
baru nampak special sikit.....
Rendah tak semestinya kurang..
sebenarnya orang rendah nie 'COMEL ' bg aku...
ciut miut gitu... betol tak???
Yang aku cari nie..rendah tak la rendah sangat..
Alah syaratnya senang jer... 1 syarat jer ...
Sapa yg ketinggian 150 kebawah...
Maka dah cukup syarat nya....
Tak kira laki or perempuan...
Jangan malu2 untuk join yer....
Kepada sesiapa yg sudi, sila tinggalkan...

NICK NAME : ..........................................
LINK ANDA :  .............................................
KETINGGIAN ANDA : ......................................

Nanti SW akan pilih ...
Pemilihan akan di buat pada 24/04/2010
Kepada yg dah tinggalkan link...cuba cek yer
Sapa agaknya kwn2 SW tu...
Yang SW akan lawati tiap2 hari...

LaWaK pEnDeK...

Siapa Nie??
Seorang lelaki menelefon hospital untuk memberitahu yang isterinya nak bersalin. dan jururawat hospital menjawap talipon tersebut...

    Lelaki       : "Hello...tolong saya sebab isteri saya nak bersalin!!"
    Jururawat : "Sila bertenang.......ini anaknya yang pertama ke??"
    Lelaki       : "Apa punya bangang....ini laki dia laa!!"
    Jururawat  : "Errkkkk...."

Yang Palig Tua..
Disekolah tabika.
   Cikgu : Amri, awak ada berapa beradik?
   Amri   : tiga, cikgu
   Cikgu : awak yang paling tua?
   Amri   : tak, atuk saya....

Tak Siapa Berani Curi
Di zoo, seorang pekerja dimarah ketuanya.

  Ketua    : Apasal kamu tak kunci kandang singa ni semalam?? Bahaya betol.
  Pekerja  : Tak perlu risau,boss.. mana ada orang berani nak curi singa ni.

Punca Kematian
Dam!!! Pintu pejabat sebuah hospital dihempas. Seorang doktor muda kelam kabut masuk, menggelabah puyuh, jumpa doktor senior.

    Doktor Senior : Kenapa ni?
    Doktor Muda  : ( Termengah-mengah memberitahu) Saya dah buat silap masa isi borang kematian pesakit...habislah...matilah saya....
    Doktor Senior : Silap macam mana pulak?
    Doktor Muda  : Saya tersain nama saya kat punca kematian...

3 Bulan Lagi
Selepas 25 kali mencuba, akhirnya Dol lulus temuduga. Tapi sebelum meninggalkan bilik temuduga, pengurus kilang memberitahu.

    Pengurus : Untuk permulaan, kita bayar kamu RM5 sejam. Tapi lepas 3 bulan, kami naikkan gaji kamu kepada RM7 sejam. setuju??
    Dol         : Setuju , boss...
    Pengurus : Kalau macam tu, bila boleh mula kerja??
    Dol         : 3 bulan lagi, boss......

Sedara Kita
Pada suatu petang, seorang ibi membawa anaknya berusia 4 tahun bersiar2 menaiki kereta. Dalam perjalanan, si ibu membunyikan hon.

    Anak : Naper ibu bunyikan hon & sape org tu??
    Ibu    : Tu sedara kite, kenalah hormat.

Dalam perjalanan mereka seterusnya mereka terserempak dengan seekor lembu yang nak melintas, lalu si ibu membunyikan hon.

    Anak : Tu pun sedara kita ke...??

SeNyUmAnKu UnTuK kAmU...

Hari nie aku dah boleh tersenyum.....
Bukan kerana hatiku dah sembuh....
Hatiku masih berdarah....
Tapi hari ini aku nak lupakan segalanya...
Aku nak bung jauh2 segala masalah yg timbul...
Bukan aku nak menolak takdir..
Yang aku tahu...
Aku kena pasrah dengan apa yang berlaku...
Ya allah, terima kasih kerana beri aku ketenangan...
Aku tahu...Kau sayang padaku..
Kau uji kesabaran ku...
Terima kasih juga pada yg tersayang..
Kerana memahami aku..
Aku minta maaf kerana terlalu emosi...
Apa pun....aku SAYANG kamu...
KAU buat aku tersenyum..
Senyumanku untuk kamu...

KeSeDiHaN aKu...

Hari nie aku sedih sangat... 
ada saja yang tak kena. 
Bila aku buka FB hancur hatiku bila 'dia' cakap macam tu.. 
seolah2 memerli aku..aku tahu dia tujukan pada aku...
 aku kena ambik faham la sendiri...
 ya..aku tahu, aku hanya menumpang,.. 
Ya allah, macam mana aku nak ceritakan kesedihan aku nie pada korang semua.. 
tangan menulis..air mata bercucuran di pipi.
Aku sedar aku hanya menumpang....
 'menumpang buat cara menumpang'...
 aku akan buat apa yang patut aku buat...
mungkin itu boleh membahagiakan hati semua org...
 aku sedar siapa aku.. 
aku tak salahkan sesiapa..
mungkin salah aku juga...
tq atas teguran itu.... 
mungkin selama nie aku belum sedar...orang tak suka...
 terima kasih atas kesedihan ini... :-( :-(

BeZa MeNtEgA dAn MaRjeRiN...

Marjerin pada asalnya bahan yang dihasilkan bagi menggemukkan ayam belanda(turkey). Apabila ia menyebabkan kematian kepada haiwan terbabit, orang yang melabur wang mereka dalam kajian itu mahukan wang mereka semula lalu memerah otak untuk mencari jalan apa yang mahu dibuat dengan barangan tersebut bagi mendapat semula wang pelaburan mereka. Ianya adalah sebatian bahan berwarna putih yang tidak menyelerakan lalu mereka tambah pewarna kuning dan menjual kepada orang ramai sebagai ganti mentega. Suka tak? Mereka dengan liciknya telah menghasilkan marjerin dengan pelbagai perasa baru.

TAHUKAH ANDA ....perbezaan antara marjerin dan mentega? 
Bacalah sehingga ke akhirnya.anda tentu tertarik! Kedua-duanya mempunyai jumlah kalori yang sama. Mentega sedikit tinggi kandungan lemak tepunya sebanyak 8 gram berbanding 5 gram pada marjerin. Dengan memakan marjerin boleh meningkatkan penyakit jantung pada wanita sebanyak 53% berbanding memakan jumlah sama mentega, menurut Kajian Perubatan Harvard yang terbaru. Memakan mentega meningkatkan penyerapan banyak nutrien lain dalam makanan. Mentega mempunyai banyak faedah nutrisi berbanding marjerin kerana ia adalah makanan tambah nilai! Mentega lebih enak berbanding marjerin dan ia boleh menaikkan rasa makanan lain. Mentega sudah pun wujud selama berabad-abad sedangkan marjerin terhasil kurang dari 100 tahun. Dan sekarang kita bercakap tentang marjerin. Ia sangat tinggi kandungan asid lemak Trans.Meningkatkan risiko penyakit jantung koronari sebanyak tiga kali ganda. Ia meningkatkan kolesterol total serta LDL (kolesterol berbahaya) dan menurunkan HDL (kolesterol bagus). Marjerin menaikkan risiko penyakit barah sebanyak lima kali ganda. Ia mengurangkan jumlah susu badan. Ia juga merendahkan respons perta hana n tubuh serta keberkesanan insulin semula jadi badan. 

Dan ini ialah fakta yang paling membimbangkan . INI IALAH BAHAGIAN YANG SANGAT MENARIK! Marjerin hanya kekurangan SATU MOLEKUL untuk menjadi PLASTIK. Fakta ini sahaja sudah cukup membuatkan saya mengelak dari memakan marjerin seumur hidup saya dan setiap barangan yang melalui proses hidrogenasi (ia bermakna hidrogen ditambah, mengubah struktur molekul bahan). Anda boleh cuba melakukan ujikaji ini: Belilah satu mangkuk marjerin dan tinggalkan ia dalam garaj mahupun tempat teduh.. Dalam masa dua hari anda akan dapati dua perkara berikut:

*tiada lalat yang menghurung, tidak juga lalat buah akan menghampirinya (ia sepatutnya memberitahu sesuatu  kepada anda) 
*ianya tidak akan membusuk atau bertukar baunya kerana ia tiada nilai-nilai nutrisi; tidak akan ada apa yang tumbuh atasnya. Hatta satu mikroorganisma juga tidak akan membiak atasnya. Kenapa? Kerana ia sangat hampir kepada plastik. Mahukah anda meleburkan Tupperware dan menyapu ia ke atas roti anda? 

BAGUSLA KALAU DAH TAHU..Sebar2kan supaya jumlah pesakit jantung & barah berkurang.

ReSePi mAhLiGai BaHaGiA...


Bahan-bahannya:
2 kg penuh pegangan teguh kepada Allah dan ajaran Islam serta berpandukan Quran & Sunnah.
1 kg rasa cinta dan kasih sayang yg sentiasa membara.
1 kg rasa kesyukuran dan ketakwaan
4 cawan rasa tanggungjawab
3 cawan daya penambat hati (appeal, daya tarikan termasuk penawar dan pelembut hati)
2 cawan penuh puji-pujian, kemesraan dan gurau senda.
2 cawan pati kemanusiaan.
2 cawan keyakinan diri masing², dorongan dan sokongan.
1 cawan rasa kepuasan.
1 cawan budi bahasa.
1 cawan perasaan timbang rasa.
1 cawan tolak ansur dan toleransi atas segala kesilapan dan kelemahan 2 pihak.
2 gelas ucapan terima kasih utk disiram selalu.
1 sukatan peruntukan kewangan yg mencukupi.
2 orang anak kecil sekurang-kurangnya.
4 cawan penuh pengucapan maafkan daku (ini juga sangat penting utk kita jadikan amalan diet kita)
Secubit campur tangan mertua
Curahkan kerjasama yg perlu dan persediaan kerja
berpasangan dan perkongsian.


Cara membuat atau mengamalkannya:

1. Kita adun dgn cermat semua bahan² di atas dan asingkan rasa cemburu, curiga, sikap
mengkritik, sikap marah dan sakit hati.

2. Isikan dengan bunga-bunga cinta yg segar dan panaskan dgn bara api kesetiaan dan
kejujuran.

3. Hiaskan dgn dua org anak kecil dan bolehlah ditambah mengikut selera dan kemampuan diri masing².

Peringatan: Jangan sekali-kali dihidangkan dgn sikap dingin dan lidah yg berbisa. Makanan kalau sesedap mana pun jika dihidangkan dgn sikap dingin akan menjadi hambar. Hiaskan dgn senyuman manis penuh kasih sayang. Sesekali bawalah hidangan ini utk menikmati bersama di tempat peranginan ketika berbulan madu dahulu agar kemanisannya tetap kekal. Seperti juga masakan, kita mesti menaruh serbuk perasa. Serbuk perasa resepi perkahwinan bahagia ialah keimanan, kesabaran dan kesungguhan kita utk mencapai kebahagiaan tidak kira berapa besar pun pancaroba yg melanda.