KeNaPa aKu pErLu MeNiTiSkAn AiRmAtA????

Perlukah aku menangis???....perlukah aku sedih????
perlukah aku kecewa????
ermmmm...perlukah semua itu berlaku..????
aku dah tak tahu apa perasaan aku sekarang...
aku sangat keliru....
hati aku sedih..pedih..hancur....
tp aku dah tak mampu menangis lagi....
hati aku kecewa tapi aku tak mampu nak meluahkannya...
jika aku luahkan apa yg terbuku dihati...
'dia' ckp aku kurang ajar....
bila aku bersuara ....
'dia' kata aku melawan....
apa yang perlu aku lakukan...aku tak berdaya...
apa yang aku buat semuanya tak kena...
sehinggakan 'dia' kata...aku tak berguna...
entah la...siapa aku dimatanya...
andailah aku mampu meluahkan segala2nya.....
ingin aku laungkan pada dunia...
'aku bkn seperti yg 'dia' sangkakan...'!!!!!!!
hari2 org akn nampak aku ceria....
tp dlm hati aku bagaimana????
org nampak aku ketawa riang.....
tapi hati aku menangis...
org nampak aku tersenyum...tp hati aku sngat sedih....
org nampak aku bahagia...tp hati aku sngat kecewa..
hari2 aku menangis dlm hati.....
org sekeliling tak pernah mendengarnya...
hari2 aku tertekan....
tp aku tak tahu nak luahkan tanpa menyinggung perasaan org....
hari2 jugalah aku buat yg terbaik utk semua org...
tp tiada siapa nk hargainya...
aku tak perlukan wang ringgit..tp aku perlukan penghormatan..
aku tak perlukan pangkat...tp aku perlukan sedikit penghargaan..
tak perlu sanjung aku...tp hargailah apa yang aku lakukan...
perlukah aku pergi jauh dari semua org?????
agar tiada siapa yang terluka...
perlukah aku menitiskan air mata ini...demi memujuk hatiku????
ya allah..berikan aku kekuatanmu...

UnGkApAn MaAf...



Perkataan maaf memang mudah disebut..tp, utk diungkapkan kpd someone, adalah suatu perkara yg amat2 sukar....tp,semuanya atas diri individu t'sebut..Kalau bg aku la, memang x leh nk dinafikan yg diri aku t'masuk jugak dlm golongan camni..aku nie memang seorang insan yg keras hati...yg susah melupakan kesalahan yg someone lakukan t'hadap aku apatah lagi memberi maaf...it's impossible sama sekali dlm hidup aku..seolah-olah ungkapan maaf itu ibarat intan permata yg tdk boleh aku hamburkan sewenang-wenangnya.. Sungguh mahal nilai sebuah kemaafan dlm diri aku sehingga aku tdk b'daya utk mengeluarkannya..



Tp, alhamdulillah la..sekarang aku da b'ubah, hidup aku lebih b'tamadun, ha3..sikap ni da b'jaya aku kikis sikit demi sikit & lama2 ia akan b'kubur m'jadi padang yg baru potong rambut..kui2..ala, ni bahasa kiasan je, x kan x leh nk paham kot..korang x kan x tau padang tu camner? ada rumput pjg2 kat atas dia, so, bila da potong, jadi botak la dia..sama gak la dgn benda yg aku habaq nie..



Tau x p'ubahan aku camne loni..?em, kalau ada org wat silap kat aku la kan, aku memang sentiasa niat utk maafkn dia dlm hati aku..tp, dlm hati jer la..kalau kat luar, x t'ungkap lagi p'kataan maaf tu..tp, memang da maafkan pun..so, camne nie..?adakah aku masih x b'ubah..?Hmm..1 ag masalah yg aku hadapi yg bisa menyerabutkan pala otak aku nie bila mana aku b'ada dlm situasi yg m'jadikan bibirku kaku utk melontarkan bait2 kata, lidahku kelu utk b'bicara, suaraku m'bisu bagaikan tdk b'daya mengucapkan apa2..leh imagine x situasi dia camner..?korang pikirlah sendiri yea..maklumlah bahasa org sastera nie kena la b'kias2 sikit,he3..Aku gak serabut tul la b'ada dlm kondisi camni..sbb apa, sbb proses ni akn memakan masa yg lama utk kembali seperti sediakala..& utk m'jadikan ia normal, salah seorang harus memulakannya n mengetepikan ego yg t'pendam di sanubari..



Masalahnya, sapa yg nk stat dlu..?aku...?mintak maaf la cik kak dan cik abg oi...tunggu b'tahun2 pun, jgn harap aku leh wat...susah tul la b'ada dlm situasi aku nie..sbb tu la, aku sokmo menang..sbb org mengalah ngn aku..maybe da "malas baso" dah kot...tp aku x kisah pun..sbb aku lebih taw sape aku..aku taw perangai aku..sebenarnya, korang x taw, walau sekeras2 hati aku nie, aku masih ada keperibadian n keperimaafan..bkn aku x mau be a first person, aku mau..tp aku malu..ntah kenapa..bila aku dijerat oleh situasi yg tegang ini, perasaan malu mula m'ambil kesempatan utk menyelinap memenuhi ruang hatiku, b'maharajalela di dlm kelopak sukmaku sehingga memaksa rentak2 hidupku melontarkan bias2 malu ke arah someone tu..sampai 1 saat tu, aku bagaikan dirasuk perasaan malu yg t'amat sehingga aku x dpt nk m'hadapi someone t'sebut...stop la situ..x yah pjg2 la... yg pasti hanya seorg jer yg memahami sikap aku ni…my hubby…



Hmm...bila la masalah nk selesai kalau camni yea..duhai sahabat2ku t'sayang dan my hubby, yg mengerti isi hatiku ini, bantulah daku & dgn setulus hati ku mohon kemaafan drpd kalian semua....

RiNdU....



Bila aku mula rindukan seseorang...
air mata akan terus mengalir tanpa henti...tak dpt dikawal..
Hati juga selalu berkata...
kenapa dia selalu muncul dlm mimpi aku....
sedangkan aku selalu bersamanya...
dan sentiasa berada di sisinya....
apakah aku betul2 rindukan dia....
rindu???...memang aku rindu...
rindu yang tak terluah dengan kata-kata.....
rindunya aku..tak dapat aku gambarkan..
rindu pada belaian cintanya...
bkn dengan sentuhan, tetapi cukup sekadar perasaan..
rindu yg menyeksakan aku... tapi juga membahagiakan aku...
rindunya aku pada dirinya...
walau seribu tahun berlalu..
rasa ini telah tetap dihati...kerana telah aku tetapkan..
dialah yang pertama dan terakhir bagiku....
rindunya aku pada gelak tawanya..
yang sentiasa menceriakan hari2ku..
terima kasih padamu ..
kerana rindu ini..
kerana cinta ini...
kerana kasih darimu ini...
yang buat ku hidup hingga ke hari ini...


ToK aKu YaNg RoCk...


hah....klu korang nak kenal..nie la tok aku yg sebelah mama...tok yang lelaki dah lama meninggal kan kami. tinggallah tok aku yang sorang nie. bila suaminya dah tak ada dia semakin rock...hehehehe...tak adalah. korang jng lah pecaya, aku lawak jer. ermmmm..ni semua kerja adik aku. disebabkan dia punya kerja...semua org gelakkan tok aku bila tengok pic ni...aku pun rasa nak tergelak hahahahaha...sakit perut2. bukan apa rasa cam tak caya tok aku blh posing mcm ni... masa ni kami semua tengah kalut duk masak sb ada kenduri kesyukuran...tapi diaorg semua nie..sempat lagi pekena tok aku... yg syoknya tok aku sendiri pun tak tengok lagi pic nie...klu dia tahu mampus aku siap siar dlm blog... maafkan cucu yea tok.. hehehehe....sebenarnya kami semua sygkan tok.. layannn.....

BeRsAmA aNaK bUaH...


haa..klu korang nak kenal...yg perempuan tu anak buah aku yang sulong. comel tak??? buat masa nie, dialah satu2nya cucu perempuan yang mama aku ada...hehehehe ;-) opssss.. lupa nk kenalkan pada korang, baby boy yang pakai baju putih tu namanya HaRiTh AsYrAf (4 thn)... dan anak abg aku yang ciut miut ni namanya NuRiN aFzA (5 thn)... akak nurin ni ada lg seorg adk, tp pic dia x ada dlm nie...nama adknya NiZaR aFwAn (2 thn)... nanti aku upload pic tu klu ada...huhuhu.. ;-)


yang pakai baju biru tu pulak ank abg aku no 2....namanya HaRiS iZzUdDin (3 thn).. dan yang pakai baju kuning tu anak akak..namanya WaN kAsYfUr RaHmAn (4 thn)... org selalu cakap harith n kasyfur ada iras, mcm kembar...nampak mcm kembar ke??? ermmm..klu korang nak tahu beza besday harith n kasyfur bezanya 2 hari jer...bln sama dan thn sama.. maybe sb tu kot org kata diaorg berdua nie kembar.... hehehehe :-)

hah...yg baby boy tu ank abg aku no 2 jugak...namanya WaFy WaHyUdDiN. masa kami tangkap pic ni, Wafy baru berumur 30 hari...masih dalam pantang...hehehehe, tngok tu dah pandai senyum..

BeRsAmA kWn-KwN...





PeNgOrBaNaN sEoRaNg iStERi....

  Sanggup berpindah dari naungan keluarga sendiri dan kemudiannya menyerahkan jiwa dan raganya kepada seorang lelaki 'asing', bukanlah satu perkara yang mudah. Walaupun lelaki itu telah dikenalnya tapi si lelaki tetap masih orang asing dalam kehidupannya. Kini dia menyerahkan maruah dan kehormatannya kepada lelaki itu yang mungkin akan menjadi satu-satunya teman hidupnya sampai bila-bila. Ini dikira satu pengorbanan. Mungkin boleh dikatakan, inilah pengorbanan pertama yang dilakukan oleh seorang wanita bila bergelar isteri. Kehidupan seorang isteri dalam bahtera rumah tangga selepas itu menemukan dia pada banyak saat dan ketika di mana dia melakukan pengorbanan demi pengorbanan. Kecil atau besar, sedikit atau banyak, pengorbanan pasti ada dalam kamus hidup seorang isteri. Waktu merelakan dirinya diambil sebagai isteri, dia telah menggadai diri dan kebebasannya untuk hidup bersama suami. Tidak ada lagi kehidupan yang agak merdeka di bawah kawalan ibu bapa. Tidak lagi bebas mengisi masa bersama teman-teman. Atau memenuhi pelbagai aktiviti dan mengejar cita-cita peribadi. Semua itu tidak dapat dikecapi lagi. Dia kini sudah terikat dengan tanggungjawab kepada suami. Kemudian isteri akan menempuh kehidupan bersama suami tidak kira bagaimana pun bentuk kehidupan itu. Liku dan ranjau di hadapan belum diketahui. Kalaupun lebih susah dari sebelumnya, isteri selalunya sanggup berkorban dan bersusah-susah demi meneruskan hidup bersama suami. Ada isteri yang menyimpan rahsia kesusahan hidupnya dari pengetahuan keluarga. Demi menjaga maruah suami, seboleh mungkin dia akan cuba menutup kesusahan hidupnya bersama suami. Dia tidak mahu kaum keluarganya memandang rendah pada suaminya. Lebih-lebih lagi kalau kaum keluarga si isteri lebih berdarjat dari suami. Menjaga rahsia rumah tangga dan ‘aib’ suami menjadi perjuangan dalam hidupnya. Hingga dia sanggup berkorban kerananya.
     Kalaupun kehidupannya selepas berkahwin diliputi kesenangan, pasti ada waktu-waktunya isteri perlu dan harus berkorban. Si isteri sendiri mungkin tidak merasakannya sebagai satu pengorbanan kerana dia gembira melakukannya demi suami. Contoh paling mudah, isteri selalunya akan mendahulukan suami dan anak-anak lebih dari dirinya. Apa yang suami dan anak-anak teringin hendak makan misalnya, dia sanggup sediakan. Tidak mengapa kalau masakan itu bukan kegemarannya sendiri. Citarasa suami lebih penting dari citarasanya sendiri. Isteri juga selalunya mendahulukan ibu bapa dan keluarga suami. Kerana baginya, memuliakan keluarga suami sama seperti memuliakan suami juga. Kehidupan seharian dalam sesebuah rumah tangga menyerlahkan banyak pengorbanan isteri. Bersengkang mata hingga jauh malam untuk membereskan urusan rumah mungkin tidak dirasakan satu pengorbanan oleh seorang isteri. Begitu juga bangkit awal pagi untuk menyediakan juadah sarapan. Kerja-kerja itu sudah dianggap 'alah bisa tegal biasa'. Sudah menjadi kerja rutin yang setiap hari dibuat. Tetapi semua itu menuntut masa dan tenaga. Bermakna, isteri harus korbankan masa dan kerehatannya. Mungkin juga kesihatan. Semuanya untuk memastikan rumah yang dihuni bersama suami dalam keadaan terurus. Nyaman selesa dan membuatkan suami bahagia.
     Menjelang bergelar ibu, seorang isteri akan melalui ujian dan cabaran tersendiri. Namun, rasa bahagia mengandungkan anak hasil perkongsian hidup dengan suami membuatkan dia lupa penanggungannya sewaktu sarat mengandung. Memang kadang-kadang rasa agak tidak selesa dengan perut yang membesar. Suami yang memandang pun rasa rimas melihat pergerakan isteri yang terbatas, inikan pula isteri yang menanggungnya. Namun, rasa tidak selesa itu hilang bila timbul bayangan cahaya mata yang bakal ditimang. Isteri sanggup melalui detik ujian dan cabaran sewaktu mengandung demi kasih pada suami dan anak dalam kandungan. Dalam keadaan sarat mengandung, isteri masih aktif di rumah. Membawa perut yang memboyot, dia masih sanggup turun ke dapur, membasuhkan pakaian suami, menjemur kain baju, basuh pinggan mangkuk, mengelap lantai, membersihkan habuk dan bermacam lagi. Banyak kerja yang dilakukan oleh isteri ini adalah hakikatnya untuk membantu suami membereskan urusan rumah tangga. Kerja-kerja yang menjadi tanggungjawab bersama itu dibuat oleh isteri demi memberi khidmat bakti kepada suami. Tidak ada isteri yang merungut kenapa dia harus menanggung sakit bersalin dan berpantang lepas bersalin. Sebaliknya isteri boleh senyum selepas mengalami kesakitan yang tak tertanggung sewaktu bersalin. Selepas berhempas-pulas bersabung nyawa di meja bersalin, beberapa minit kemudian dia boleh melemparkan senyum puas bila menatap wajah suami dan wajah anak yang masih merah. Bukan cerita sakit bersalin yang diluahkan pada suami, tapi cerita gembira menimang cahaya mata. Walaupun isteri tahu sakitnya bersalin, tapi setiap kali mengandungkan anak suami, si isteri tidak pernah meluahkan rasa takut dan ngeri untuk bersalin lagi. Kalau ada suami yang pernah menemani isteri di meja bersalin dan melihat penanggungan isterinya sewaktu meneran anak, dia akan tahu beratnya sakit yang ditanggung waktu itu. Memang isteri terpaksa berhempas-pulas. Mungkin suami tidak akan sanggup melihat isteri menanggung sakit seperti itu lagi, tapi si isteri tetap bersedia mengharungi kesakitan yang sama. Demi kegembiraan bersama memperolehi cahaya mata, soal sakit dilupa-lupakannya. Pengorbanan isteri ini, jika difahami oleh suami, pasti akan sangat dihargai. Melihat wajah anak-anak, terbayang keperitan yang dialami isteri waktu mengandung dan melahirkannya dulu.
        Selepas melahirkan anak, isteri harus berkorban pula membesarkan si kecil. Menyusukannya tidak kira waktu, membersihkan najisnya, memandikannya, menyuapnya ketika sudah boleh makan, menadah telinga mendengar tangisannya bila si kecil meragam. Kemudian memenuhi tanggungjawab mendidiknya dan berdepan dengan segala kerenahnya. Belum pun anak itu cukup besar, isteri mengandung lagi dan melahirkan si adik pula. Terpaksa pula memberi perhatian dan jagaan pada si bayi di samping meneruskan proses jagaan dan didikan kepada si abang atau si kakak. Sebahagian besar keperluan anak-anak ini, isterilah yang membereskannya. Isteri benar-benar menjadi tangan kanan suami untuk memelihara dan mendidik setiap orang anak yang lahir dari zuriat suami. Semakin bertambah anak, semakin bertambah pula tanggungjawab isteri. Semakin banyak kerja perlu dibuat. Namun isteri masih orang yang sama, dengan kudrat fizikal dan kemampuan yang dulu. Di samping harus meneruskan layanan kepada suami dan kerja-kerja pengurusan rumah tangga yang sentiasa ada dan bertambah. Jarang sekali ada isteri menuntut bayaran dari suami bagi kerja-kerja lebih masa yang dibuatnya. Lebih-lebih lagi untuk menuntut gaji. Kalau suami faham dan tahu menghargainya, alhamdulillah. Kalau suami mahu sama-sama ringankan tangan untuk membantu, syukur. Kalau suami sekali-sekala mahu memberi penghargaan dalam bentuk material atau hadiah, itu dikira sudah cukup baik. Paling tidak, penghargaan dalam bentuk kata-kata, sikap dan belaian mesra pun amat tinggi harganya. Namun, kalaupun suami tidak faham, tidak prihatin dan tidak mahu menunjukkan penghargaan serta pengiktirafan, isteri akan tetap melakukan kerja-kerja menguruskan rumah tangga. Lebih berat tanggungjawab dan penanggungan isteri bila dia juga keluar bekerja. Di luar rumah, dia berkorban tenaga membantu suami mencukupkan sara hidup keluarga. Di rumah, dia meneruskan kerjaya sebagai isteri, ibu dan suri rumah. Kalau tiada pembantu rumah, dia akan berdepan dengan lebih banyak kerja untuk dibereskan. Balik ke rumah, dia sanggup korbankan masa rehatnya untuk menyambung kerja yang tertangguh. Layan suami, layan anak-anak, sediakan makan minum, basuh pakaian, berkemas rumah, seterika baju dan banyak lagi. Paling ketara bila isteri pulang kerja bersama suami. Balik ke rumah, isteri selalunya bersedia untuk layan diri bagi apa-apa keperluannya sendiri. Namun untuk suami, dia sanggup beri layanan istimewa. Kalau suami dilihat kepenatan, isteri sanggup melupakan kepenatannya sendiri untuk memenuhi keperluan suami. Paling tidak, terus ke dapur untuk menghidang air pelepas dahaga suami. Mengorbankan kerehatannya sendiri demi mendahulukan keperluan dan keselesaan suami.
       Memang ada isteri yang merungut. Memang ada isteri yang membebel dan mengungkit. Memang ada isteri yang meluahkan rasa sakit hati bila melihat suami rehat-rehat ketika si isteri sibuk melakukan ops dapur, ops bilik air, ops bilik tidur, ops halaman dan pelbagai 'ops' lagi. Sebab bukan semua suami yang mahu berkongsi melakukan kerja-kerja di rumah. Bukan semua suami bersikap sporting dan tahu menghargai susah payah isteri. Tetapi dalam merungut dan membebel itu pun, segala kerja tetap dibuatnya. Suami hanya perlu sabar sedikit sambil menadah telinga mendengar bebelan isteri. Dalam waktu yang sama, kalau suami hendak makan, ada juadah tersedia. Hendak pakai baju, pakaian siap berbasuh. Hendak bermain-main dengan anak kecil, kencing berak anak sudah dicuci. Kalaupun ada isteri yang menjeruk rasa kerana suami semacam tidak hargai segala khidmat baktinya, namun jarang ada isteri yang sanggup mogok dari tugas sebagai isteri, ibu dan suri rumah. Dia mengharap sedikit tanda berterima kasih dari suami tetapi tidak sanggup meluahkannya dengan kata-kata. Hanya gerak-geri atau bahasa badannya saja yang berbicara. Kalau suami faham, fahamlah. Jika tidak, isteri selalunya akan hanya memendam perasaan. Hatinya mengharap dan meminta tanpa kata-kata. Atau dia akan meluahkan rasa di atas kertas.Bila suami dilihat langsung tidak menghargai, waktu itu mungkin coretan di kertas mengganti lidah berbicara. Berat macam mana pun kerja yang dibuatnya, isteri akan rasa puas dapat melakukannya. Dia buat kerja dengan rasa gembira. Tugas dan kerja yang nampak berat bagi suami dapat dibereskan oleh isteri dengan agak mudah dan ringan. Walaupun tika usia telah senja dan si isteri telah menjadi nenek, dia masih isteri yang dulu. Isteri yang akan sentiasa mengutamakan dan melebihkan suami.
           Ini satu kelebihan wanita. Allah jadikan fitrahnya dari segi fizikal dan kehalusan perasaan, mampu menanggung segala macam tugas dan tanggungjawab dalam rumah tangga. Lebih-lebih lagi kalau isteri dapat rasakan apa yang dibuatnya itu akan membahagiakan suami dan mengganjarkan pahala dari Allah . Di situ dia mendapat motivasi dan lebih bersemangat untuk buat bermacam-macam kerja. Suami yang faham akan menambah motivasi untuk isteri melalui ucapan terima kasih, kata-kata pujian, belaian, kasih sayang, sikap prihatin, turut membantu dan sekali-sekala memberinya hadiah. Segala penat, segala lelah dan segala penanggungan akan hilang bila semua itu suami hargai.
       Rasanya tidak mungkin untuk menyenaraikan satu persatu susah payah dan pengorbanan isteri. Bentuk-bentuk pengorbanan pun tidak sama antara seorang dengan seorang yang lain. Tetapi cukuplah dikatakan bahawa sebagai suri dalam rumah tangga, isteri umumnya menanggung (suffer) banyak perkara. Isteri sanggup berkorban kerana dia rela mengutamakan, mendahulukan dan melebihkan suami berbanding dirinya.

fRiEnDs.....






MaCaM - mAcAm....

















TeNtAnG kItA.....


Assalamualaikum semua..... 
Dalam blog kesayangan aku ni.....aku nak perkenalkan kakak  aku. aku ada seorang ni jer kakak. kakak yang paling2 aku sayang. sebelum aku menulis lebih lanjut lagi tentang dia..aku nak minta maaf jika akak terasa bila akak terbaca blog ni.


:: AnNa vs AzZa ::
Dulu.....
Masa kami  kecil2 dulu..kami berdua selalu bergaduh. aku yang selalu mencari masalah dengan dia.ada saja yang tak kena bg aku....aku tak tahu kenapa aku selalu dengki dengan dia....di sebabkan dia seorg kakak...dia selalu mengalah dengan aku....dan aku pulak tak pernah mengaku salah w/pun memang aku yang bersalah...aku buat mcm2 pada kakak demi nak puaskan hati aku yang marah.....tp dia tetap bersabar dngan aku,dengan kerenah aku...dia selalu cakap kat aku 'akak sayang adk...kami semua sayang adk'....itu yang selalu dia ckp sehingga kini. di sini,aku nak minta maaf pada akak kerana adkmu ini terlalu banyak menyakitkan hati akak. adik minta maaf kak....tak ada niat untuk adk kurang ajar ngan akak...adk terlalu ikut perasaan ketika itu. adk tahu akak banyak terasa hati dengan adik....tp akak sabar...sabar....dan terus bersabar.... terima kasih kak. kerana akak adk dah banyak berubah.



                                                              ** aZzA vs aNnA **
Sekarang....
Kami  berdua dah besar....jadi gaduh2 seperti dulu dah tak ada lg dlm hidup kami. kami berdua terlalu rapat....sekarang akak dah jadi seorang guru. dan aku pulak kerja kat salah satu universiti kat belah utara. sampai sekarang, jika aku ada masalah akak lah yang banyak membantu aku. dan smpai skg juga dia masih ckp 'akak sayang dan rindu adik'.....maklumlah kami skg berjauhan. akak sekarang ada kat KL... dan aku pula Utara.... jarang sangat kami boleh jumpa... setiap cuti sekolah,akak mesti balik kampung....dan aku pulak setahun 2 kali jer balik kg...nk buat mcm mn aku kerja...untuk pengetahuan korang, setiap kali besday aku dia tak pernah lupa nk wish n beli hadiah. kalau korang nk tahu juga tarikh besday kami beza dua hari je...tp berlainan thn la.... aku bersyukur sngat2 kerana dikurniakan seorg kakak seperti dia. dia bnyak bantu aku dan adik2 yang lain dalam segala hal. apa pun kak....thanks untuk segala2nya.... akak lah, kakak yang paling baik atas dunia ni yang adik pernah jumpa... akhir sekali adik nak cakap " ADIK SAYANG AKAK"....



" RiNdU kAmU "

..:: SeNyUm SoKmO ::..



Selalulah TERSENYUM kerana senyuman itu seindah suria yang membawa cahaya.


Senyuman dapat melonggarkan urat saraf muka yang tegang. Ia juga awek muda dan menjadikan seseorang lebih cantik. Apa yang penting, senyuman itu sedekah dan paling mudah untuk dilakukan. Senyuman menandakan kemurahan hati, kelapangan dada dan kemuliaan sifat.

Sekadar Luahan Hati...



aku bukan seorang penglipur lara...juga bukan seorang sasterawan. aku suka bercerita...bercerita mengenai kehidupan...bercerita mengenai pengalaman. aku tak layak untuk menjadi novelis..kerana setiap ayat² ku tidak pernah tersusun rapi. apatah lagi menggunakan bahasa kiasan..semua nya lahir dari hati dan perasaan. jika penulisan ku di tulis tika perasaan amarah datang...maka kata² kesat akan ku keluarkan. jika perasaan sepi yang datang...maka bahasa kerinduaan aku gunakan. dan jika perasaan gembira yang datang tika aku berkarya...maka korang akan disajikan dengan kata² yang indah belaka setiap entry ku ditulis lahir dari sudut hati yang memberontak untuk memberitahu dunia perasaan ku ketika itu. tiada paksaan atau dorongan dari sesiapa. dulu aku lebih bebas bercerita kerana blog ku belum diketahui ramai. setiap satu perkara yang terjadi...aku lebih terbuka untuk berkongsi. tetapi..keadaan sudah berbeza...malah 40% pembaca blog aku adalah terdiri daripada rakan sepejabat malah turut menarik perhatian dikalangan pihak atasan. izinkan aku meminta maaf pada sesiapa yang terasa..tiada niat untuk menyakitkan sesiapa...cuma luahan hati semata².





Erti Bahagia....




Adakah apabila kita rasa cukup dengan apa yang kita ada.
Kita akan rasa bahagia bila kita berhenti memikirkan kelemahan-kelemahan orang lain, berhenti menyalahkan semua orang dan memerhatikan pada apa yang kita ada. Kita akan rasa bahagia bila kita bandingkan apa yang kita ada dan betapa beruntungnya kita bila kita ada cukup segala-galanya.


Perasaan keluh kesah akan hilang, terbuang jauh-jauh. Bila kita sedar yang kita tak perlu cari apa-apa lagi bila apa yang kita nak, ada di depan mata tanpa disedari. Perasaan bahagia, ia timbul, bila kita rasa cukup dan puas kalau kita buat baik dengan orang. Tanpa mengharapkan balasan.


Perasaan bahagia, akan ada, bila kita tahu orang yang kita sayang bahagia dan hidup senang, dengan atau tanpa kita. Perasaan bahagia, lawan bagi segala sifat-sifat buruk; tamak, hasad, dengki.


Perasaan bahagia itu penuh sifatnya. Merangkumi dan memenuhi hati tanpa ada rasa kurang. Bahagia itu mungkin akan kita rasa bila kita sedar yang hidup ini sementara. 


Yang apa yang kita kejar, kita cari, kita kumpul, kita simpan, tak dapat teman kita buat selama-lamanya.

Yang apa kita ada hari ini adalah anugerah, bukan sebab kita beruntung. Bukan sebab kita layak.


Rasa bahagia itu juga akan ada kalau kita selalu bersedia. Bersedia untuk apa-apa saja kemungkinan di masa hadapan. Kita rasa tenang, takkan rasa bimbang.


Bahagialah mereka yang selalu sedar diri mereka berasa cukup dengan apa yang dia ada. Dan bahagialah mereka yang selalu bersiap-sedia.....

Kehidupan Ini...


Dalam hidup tak ada perkara senang, yang mudah. Tapi hidup ini boleh jadi mudah, kalau kita nak mudahkannya. Mana ada manusia tak nak berjaya. Semua orang nak berjaya dalam hidup. Tapi ingat....kejayaan itu menuntut kesabaran, ketekunan serta usaha yang berterusan dan keredhaanNya disamping bersedia untuk berkorban...


Peluang.....peluang sentiasa terbuka bagi mereka yang positif dalam hidup. Jadilah manusia yang sentiasa memberi peluang pada diri sendiri. tak kiralah apa-apa peluang pun yang ada dalam hidup....peluang dalam percintaan, pekerjaan atau pelajaran.... Kalau kita menyukai atau menyintai seseorang, berusahalah untuk mendapatkannya, bukan membiarkan dia pergi begitu sahaja. Jangan tinggalkan orang yang kita sayang hanya untuk orang yang kita suka.... kerana orang yang kita suka akan tinggalkan kita untuk orang yang mereka sayang. Cuba dapatkan apa yang kita sayang. Sayanglah dengan apa yang kita ada sepenuhnya.......


Ingatlah masih ada yang masih sayangkan kita....Ingatlah tak semua yang kita inginkan, cita-citakan dan impikan akan kita capai dan akan kita perolehi  mengikut kehendak kita.. kerana Tuhan sentiasa menguji kita... Dia menguji kita tandanya Dia begitu sayangkan makhlukNya. Kitaini hanyalah insan yang lemah, insan kerdil di bumi yang bertuah.... Bumi ini hanyalah persinggahan sementara buat hambaNya.... Hanya Persinggahan...

PERSINGGAHAN...


Tak semua benda yang kita inginkan dalam hidup kita akan dapat. Tak kira sama ada dalam persahabatan, pekerjaan atau dalam percintaan. Kalau dapat capai memang BERTUAH. Tapi bila kita tak dapat apa yang kita inginkan, mungkin itu ada hikmah disebaliknya......bukannya bermakna kita tak BERTUAH...Anggaplah sebagai ujian tuhan...mungkin ada TUAH lain akan Allah berikan...insyaallah..berdoalah... itulah yang selalu aku pujuk hati aku... huhuhuhu.Pengorbanan namanya...bila kita terpaksa melepaskan sesuatu yang paling berharga dlm hidup. Antara pengorbanan yang paling besar dlm hidup ialah apabila terpaksa melepaskan orang yang paling disayangi.. memang sedih...teramat sedih...pedih. Terimalah hakikat dan kenyataan hidup ini......bila kita belajar menerima hakikat atau takdir dengan hati yang tenang, hati yang tabah.....percayalah, kita akan lebih yakin dan bersedia untuk menghadapi hari yang mendatang dengan penuh kesyukuran, ketakwaan dan keimanan....... percayalah.. DIA sentiasa bersama kita...

Luahan Hati Wanita....


Sensitif
** Bukan bermaksud suka merajuk...tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian.

Cerewet
** Bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala, kadang2 ingn LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala. itupun tak blh ke????
Halus
** Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan terkoyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab kesalahan, biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. bukannya DENDAM ek....
Ikhlas
** Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui.

Korban
** WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak2 dan suami. WANITA amat tabah.
Prihatin
** Sentiasa memerhatikan keadaan dalam diam.

Manja
** Walaupun dia adalah seorang WANITA yg pandai berdikari, naluri seorang wanita masih lagi tetap seorang wanita. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama LELAKI, namun juga sesama kaum.

Ego
** WANITA terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai.

Cinta
** Cinta pertama bg wanita adalah yang paling dalam dan tulus.

Seks
** seks bukanlah segala-galanya buat WANITA kerana WANITA diciptakan dengan 9 nafsu dan satu akal. Nafsu yang banyak tidak tertumpu kepada satu saja. LELAKI pula dijadikan 9 akal dan satu nafsu. Fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukan menghanyutkannya.


""Peranan LELAKI dalam kehidupan WANITA adalah sebagai pelindung dan bukan sebagai pemusnah. WANITA diciptakan oleh allahswt dari tulang rusuk kiri dan untuk dipeluk dan dimanja, bukan untuk dikasari. Maka LELAKI haruslah memahami HATI dan PERASAAN WANITA""


Hari Yang Membosankan..

aaaaa...bosannya. nampaknya hari ini satu hari aku buat blog... tp aku bkn reti sngat nk buat2 blog ni. minta maaf bebanyak kpd pengunjung blog aku ni... sb blog aku ni masih belum siap sepenuhnya lagi. maklumlah tengah dalam proses...hehehe