Sekadar Luahan Hati...



aku bukan seorang penglipur lara...juga bukan seorang sasterawan. aku suka bercerita...bercerita mengenai kehidupan...bercerita mengenai pengalaman. aku tak layak untuk menjadi novelis..kerana setiap ayat² ku tidak pernah tersusun rapi. apatah lagi menggunakan bahasa kiasan..semua nya lahir dari hati dan perasaan. jika penulisan ku di tulis tika perasaan amarah datang...maka kata² kesat akan ku keluarkan. jika perasaan sepi yang datang...maka bahasa kerinduaan aku gunakan. dan jika perasaan gembira yang datang tika aku berkarya...maka korang akan disajikan dengan kata² yang indah belaka setiap entry ku ditulis lahir dari sudut hati yang memberontak untuk memberitahu dunia perasaan ku ketika itu. tiada paksaan atau dorongan dari sesiapa. dulu aku lebih bebas bercerita kerana blog ku belum diketahui ramai. setiap satu perkara yang terjadi...aku lebih terbuka untuk berkongsi. tetapi..keadaan sudah berbeza...malah 40% pembaca blog aku adalah terdiri daripada rakan sepejabat malah turut menarik perhatian dikalangan pihak atasan. izinkan aku meminta maaf pada sesiapa yang terasa..tiada niat untuk menyakitkan sesiapa...cuma luahan hati semata².





0 comments:

Post a Comment